Wednesday, June 18, 2014

tafsir al-fatihah(ayat 7)

Saturday, April 22, 2006
tafsir al-fatihah(ayat 7)
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
" Jalan yang menikmatkan engkau ke atas mereka selain golongan yang dimurkai dan golongan yang sesat". (Surah Al Fatihah : 7)
   Maka selepas kita melihat maksud kemuncak Al fatihah iaitu ayat yang ke-6, perlu kita tahu rahsia disebalik jalan tersebut. Jalan yang kita pohon tersebut mengandungi taqyid (syarat)nya yang tersendiri. Dalam ayat ke-7 ini kita akan mengenalpasti syarat tersebut. Semestinya jalan yang kita pilih adalah jalan yang dinikmatkan Allah akan golongan terdahulu dan akan dating. Jalan atau disebut tali sejahtera ini merupakan nikmat yang tertinggi. Sebagai makhluk yang lemah, kita memerlukan bantuan pencipta kita untuk memandu akal kita dalam memilih jalan hidup kita samada jalan taqwa ataupun jalan fujur. Inilah yang perlu kita fikirkan. Matlamat perjuangan para pendakwah ialah :
  • Memperbaiki Aqidah umat manusia sekeliling yang telah diselaputi karat penyelewengan baik daripada pihak musuh Islama atau umatnya sendiri yang menjadi pesuruh musuh Islam. Inilah kerja tetap para anbiya' dan mursalin. Kerja Aqidah adalah kerja asasi para pejuangn Islam. Matlamat perjuangn baik dengan method ziarah, method bengkel, seminar, tazkirah atau mata pena, matlamatnya adalah membina generasi ubudiyyah. Adapun matlamat pembinaan masyarakat dan negara adalah matlamat sementara yang membawa kepada matlamat agung ini.
  • Memperbaiki akhlak dan sikap. Akhlak manusia adalah berpandukan kepada system Aqidah. Akhlak yang kukuh akan dimanifestasikan daripada Aqidah. Usaha memoralkan masyarakat adalah sia-sia jika lunas Islam tidak dipenuhi. Kerana Sistem Islamlah yang boleh memugar sikap, gelagat, tanggapan dan perilaku.
  • Memperbaiki system pengurusan dunia. Ini bermula dengan pengurusan keluarga menurut Al Quran dan Sunnah, pengurusan masyarakat, negeri, Negara dan diplomasi negara menurut Islam.
Kesemua matlamat pendakwah ini adalah memerlukan pemilihan jalan yang sejahtera dan taqwa. Inilah jalan yang penuh ranjau dan berduri. Hassan Al Banna dalam ceramahnya pada awal penubuhan Ikhwan selalu mengingatkan pengikutnya akan cabaran, siksaan, dilemma dan kesusahan mendatang walaupun kesusahan tersebut hanya berlaku sekitar 10 tahun selepas ucapan tersebut. Ini menunjukkan sekiranya kita memilih jalan taqwa sekalipun kita tidak akan terlepas daripada kesusahan akibat manusia yang berhati Iblis.
Golongan yang dijamin mendapat nikmat melalui jalan sejahtera adalah;
  • Rasul dan Nabi
  • Syuhada' yang menyaksikan keesaan Allah melalui penjualan nyawanya sendiri.
  • Para solehin yang beramal.
  • Golongan mujahidin yang istiqamah, serta golongan-golongan lain yang dijamin melalui ayat Al Quran sendiri.
Siapakah yang dimurkai?
      Marilah kita mengenal golongan yang dimurkai ini. Dikatakan oleh Ulama' mufassirin, golongan yang cuba ditonjolkan dalam ayat ini ialah golongan Yahudi.
Apakah sikap Yahudi?
  • Mereka bongkak dengan Allah. Mereka juga bongkak dengan manusia yang lain. Mereka bangga dengan keturunan Nabi Yaakub mereka dan dikurniakan lebih kurang 4000 Nabi yang bukan Rasul! Mereka banyak sekali mencabar para Nabi, banyak bertanya soal remeh seolah mengolok-olokkan Allah serta inginkan bangsa lain tunduk kepada mereka walau dimana mereka berada. Kini kita melihat golongan Yahudi zionis, menguburkan mayat mereka dalam keadaan berkot dan ditanam secara menegak bukannya melintang seperti Islam dan Kristian. Mereka mengatakan mereka golongan yang tidak akan tidur atau tunduk kepada orang lain walaupun setelah mati.
  • Mereka amat memusuhi Nabi yang selain Nabi Musa A.S. sebabnya ialah, Nabi Musa telah memberi kehormatan dan maruah yang tinggi kepada mereka serta menyelamatkan mereka denga pelbagai mukjizat yang pelbagai. Mereka adalah penentang Nabi Samuel semasa Nabi ini memutuskan agar Talut yang mengetuai mereka menawan Palestin kembali daripada tentera Jalut (golongan Arab Kana'n). Mereka telah sepakat untuk membunuh Nabi Isa A.S walaupun Nabi Isa diutus daripada kaum mereka sendiri. Mereka berkonspirasi dengan Yahuza dan akhirnya memakan dirinya sendiri. Mereka bencikan nabi Daud dan Sulaiman serta Yahya dan Zulkifli.
  • Mereka adalah rasist ! Mereka mengesyorkan teori Darwin dan Komunisme (class struggle) yang memakan nyawa jutaan umat manusia. Teori persaingan gila ini diterapkan secara revolusi dan mengejut sehingga teor ini memakan sendiri para penciptanya. Mereka atas sangkaan bahawa golongan selain Yahudi adalah golongan Goyyim (babi) yang tidak setaraf dengan mereka. Atas cetusan mereka Nazi dan Fasis Itali juga bangkit untuk menonjolkan ras mereka yang mengakibatkan suasana lebih buruk.
Mereka telah dilaknat dengan liusan nabi mereka sendiri iaitu Nabi Allah Daud dan Isa.
Firman Allah,
لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ
"Telah dilaknat akan orang kafir daripada golongan Bani Israel menerusi lisan Daud dan Isa Bin Maryam disebabkan mereka derhaka dan mereka melanggar (peraturan)"
(Surah Al Maidah : 78)
Melalui ayat ini, ualama' menceritakan mengenai peristiwa golongan Bani Israel pada zaman nabi Daud bertukar menjadi kera. Hal ini adalah kerana mereka melanggar perintah Allah agar memuliakan hari sabtu dimana dilarang untuk mereka bekerja (menangkap ikan). Mereka digelar sebagai Ashabul Sabti.
Pada zaman Nabi Isa A.S pula, golongan manja ini (yang telah beriman) inginkan pula hidangan daripada langit iaitu salwa dan manna. Apabila memakan makanan tersebut terlupa janji mereka akan meningkatkan taqwa mereka sebaliknya mereka mengkufuri pula Nabi Isa A.S. Lalu mereka didoakan menjadi babi. Golongan ini disebut sebagai Ashabul Maidah.
Berdasarkan ayat ayat dalam surah Al Maidah juga, kita mendapati bahawa golongan Yahudi ini senantiasa mengkufuri ajaran taurat. Mereka lebih selesa dengan tulisan kitab Thalmud yang berunsur hikayat dan doktrin rasial mereka.
Siapakah golongan yang sesat?
      Dalam hal ini, ulama' mengatakan golongan ini ialah golongan Nasrani yang kini dijelmakan dalam agama Kristian. Perlu diingatkan Kristian hari ini bukan lagi ahli kitab sebagaimana golongan Nasrani dahulu. Ajaran mereka telah lama diselewengkan oleh golongan Rom sewaktu kebangkita Tamadun Rom dahulu. Kerajaan Rom membuat re- branding kepada agama Nasrani dengan mengatakan bahawa Nabi Isa lah anak tuhan yang digelar Kristos (bahasa Rom kuno bermaksud orang yang suci). Lantaran itu ajaran Nasrani yang diwarisi daripada orang-orang Hawariyyun telah dinamakan Christ dan orang yang menautnay dipanggil Christian. Maka lambang salib mula digunapakai dan mazhab pertama ditubuhkan adalah Gereja Roman Khatolik. Pada dasarnya mereka mewarisi ajaran Nabi Isa. Walaubagaimanapun selepas dirosakkan Aqidah tersebut, maka ajaran ini mula menyimpang daripada ajaran sebenarnya.
      Secara umumnya orang yang sesat tanpa hidayah Islam adalah disebabkan oleh beberapa factor;
  • Tidak pernah sampai kepada mereka akan dakwah : Hari ini golongan sebegini mungkin sudah tiada. Adapun kata ulama' sekiranya tiada golongan pendakwah yang sampai pada sesuatu tempat maka mereka dihukumkan jahil dan tidak akan disiksa.
  • Telah sampai dakwah tetapi golongan ini tidak ingin menggunakan hidayah aqli dan hidayah hawas (pancaindera) untuk memikirkan ayat Quran. Kita melihat bagaimana saintis yang terkenal dalam National Geographic iaitu Jaques telah memeluk Islam setelah menemui sendiri pemisah (tabir) antara laut masin dan air tawar di dalam laut yangmembuktikan ayat Surah Ar Rahman ayat 20 dan 22.
  • Telah beriman namun sesat dalam amalannya. Golongan ini mungkin terlalu yakion dengan Ilmunya sehingga riya' menguasai dirinya. Golongan ini juga terpengaruh dengan unsur agama lain lalu mencantumkannya dengan ajaran Islam. Terdapat juga golongan beriman yang tidak mahu menuntut lebih mendalam ilmu agama sehingga tersesat dalam pengamalan dan tanggapannya tentang syariah Islam.
Kesimpulan
Daripada ayat ini daptlah kita mengambil iktibar bahawa akal dan manusia lain bukanlah pelindung atau pergantungan kita yang sebenar. Sikap bongkak dan sikap skeptical melulu terhadap ajaran Allah akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran. Lantaran itulah Imam Hassan Al Banna menggesa ahli Ikhwan untuk taa'bud tanpa soal tau berittiba' dengan segala peraturan Syariah tanpa soal akan hikmah atau falsafahnya. Mempelajari falsafah adalah untuk menguatkan iman bukan sebagai punca kita mempersoalkan kekuasaan Allah dan kesyumulan ajaran Islam.
Firman Allah,
مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاء كَمَثَلِ العَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتاً وَإِنَّ أَوْهَنَ البُيُوتِ لَبَيْتُ العَنكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
" Perumpamaan manusia yang mengambil selain Allah sebagai wali (penolong/pelindung) adalah seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya selemah-lemah rumah adalah rumah labah-labah"
(surah Al Ankabut : 41)
Sebagai pendakwah Islam, selain berdoa perlu kita ketahui sumber-sumber sekunder lain untuk memperteguhkan dakwah kita.
  • Kekuatan komitmen. Intima' yang tinggi dalam gerakan Islam akan mengelakkan kita terjerumus dalam lembah fujur. Kita akan terikut-ikut sikap kafir dan munafiq dalam nenyelesaikan masalah. Lantaran itu sirah dan tafsiran Al Quran adalah ubat yang mujarab untuk kita mengetahui selok belok penyelesaian masalah ala salafus soleh.
  • Kekuatan manhaj dan Fikrah. Perlu diperteguhkan manhaj gerakan Islam serta membina paradigma yang jelas mengenai kesempurnaan Islam. Hujah-hujah dan fakta sokongan perlu dipelajari dan dikaji oleh para pendokong gerakan Islam.
  • Kekuatan Akhlak dan spiritual. Kekuatan ini diperolehi dengan hubungan ritual yang kerap. Senantiasa menjadi golongan istiqhfar dan golongan bertaubat.
  • Kekuatan ukhuwwah. Ukhuwwah yang kuat dapat menjaga lingkaran kekuatan fikrah dan amal para pendakwah. Sekiranya ukhuwwah tidak kuat, pengaruh jahiliyyah dan musuh Islam mudah masuk meyusup tanpa disedari. Perkelahian murahan mudah berlaku sekiranya unsur ini tidak diperteguhkan.
  • Kekuatan disiplin. Disiplin menjaga diri kita daripada menjadi golongan lemah, bermudah-mudah, lemah perancangan dan tidak optimistic dalam usahanya. Disiplin yang lemah akan menghasilkan golongan yang degil, sukar ditarbiah dan mudah terlepas daripada lingkaran kesatuan.
Secara umumnya, jalan yang diberi nikmat oleh Allah akan dicapai oleh kita melalui wasilah yang pelbagai. Namun kita percaya dengan jalan harakiyyah hizbiyyah ini, dalam usaha mengecap nikmat tersebut. Insya Allah…….
Rujukan utama (sila tambahkan pengetahuan anda dengan merujuk)
1) Mu'jam Al Mufarras Li Alfaz Al Quran Al Karim
2) Nasihat Agama dan wasiat Iman (Imam Habib Abdullah Hadad)
3)Manhaj Daurah Tadribiyyah
4)Tafsir Al Manar (Sheikh Rashid Redho)
5)Tafsir Juzu' Amma Jawi ( Sheikh Abdul Murad Sumatera Barat)
6)Punca-punca gerakan Atheis ( Dr. Abd RahmanAbd Khaliq)
Posted at 03:06 am by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment