Wednesday, June 18, 2014

tafsir al-fatihah(ayat 2-3)

Saturday, April 22, 2006
tafsir al-fatihah(ayat 2-3)
الحَمْدُ للّهِ رَبِّ العَالَمِينَ(٢)الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ(٣
‘Segala puji bagi allah tuhan sekalian alam (2) Yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang (3)’
(Al Fatihah : 2-3)
      Ulasan kali ini akan mengupas sekitar persoalan pujian dan sikap pendakwah yang berkasih sayang dan berlemah lembut sebagai salah satu cara untuk mencari sasaran dakwah.
      Al Fatihah digelar sebagai ‘Sabu’n Masani’ iaitu tujuh pujian. Segala ayat di dalam Al Fatihah sebenarnya bertujuan memuji diriNya sebanyak 17 kali sehari semalam sebagai kewajipan. Tidak hairanlah Allah memulakan surah ini dengan memuji dirinya sendiri disamping memulakan dengan namaNYa pada ayat pertama.
Persoalan pujian.
      Ulama’ Khalaf aliran kalam dalam sebuah kitab (pengarangnya merahsiakan nama) ‘Miftahul Jannah’ menyebut berkenaan pujian kepada Qadim. Puji Qadim bermakna kita memuji Allah yang sediakala dan teragung. Manakala pujian kepada penciptaan manusia dan insan dikenali sebagai pujian makhluk atau pujian Hadis/aradh. Pujian kepada Allah adalah wajar. Manakala pujian kepada makhluk dibenarkan dengan penyertaan pujian kepada penciptanya. Sebagai contoh sekiranya kita menziarahi rumah rakan kita. Kita sejurus akan meuji perabot dan bunga perhiasan dalam rumahnya. Apakah perasaan tuan rumah itu? Tentulah beliau turut merasa gembira dan suka dengan pujian kita walaupun kita hanya memuji peralatannya. Inikan pula Allah yang Maha Pencipta.
      Apakah hukum bagi kita memuji manusia? Bolehkah kita selaku pendakwah meminta pujian daripada manusia. Dalam Surah Ali Imran :188 bermaksud
لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَواْ وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُواْ بِمَا لَمْ يَفْعَلُواْ فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِّنَ العَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
‘ Janganlah sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa yang telah mereka kerjakan dan mereka suka supaya dipuji terhadap perbuatan yang belum mereka kerjakan, janganlah kamu menyangka bahawa mereka terlepas dari siksa dan bagi mereka siksa yang pedih’ (ali-Imran : 188)
Ayat ini sebenarnya diturunkan kepada golongan munafiq dan ahli kitab yang selalu menginginkan perhatian Rasulullah. Kononnya merekalah asal manusia yang berpegang dengan agama tauhid. Mereka mengatakan merekalah yang layak mendampingi Rasulullah dan bukannya golongan penyembah berhala jahiliyyah Quraisy. Inilah antara sebab Abdullah bin Saba’ mengasaskan fahaman Syiah apabila beliau tidak berjaya mendapat perhatian Khalifah Saiyidina Uthman Al Affan.
      Walaubagaimanapun kita dibolehkan meraih perhatian masyarakat terhadap organisasi kita. Kerana organisasi Islam adalah lambing dan syiar kemegahan Islam itu sendiri. Memang akan terdapat manusia di dalam jamaah itu yang akan berbangga dan riya’ dengan usahanya, akan tetapi keperatusannya amatlah sedikit berbanding dengan pujian individu.
Bagaimanakah sekiranya kita menunjukkan amal kita agar dilihat orang ramai. Perhatikan surah Al Baqarah ayat 271 ini,
إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الفُقَرَاء فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ وَاللّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
‘ Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang faqir, maka menyembunyikannya itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan –kesalahanmu, dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan’ (al-Baqarah : 271)
Disini kita melihat A;llah tidak mecela amal yang ditunjuk orang. Tiada seorang manusiapun yang boleh membaca tahap riya’ atau keikhlasan manusia lain. Maka lantaran itulah amal yang dipertontonkan tidak boleh diklasifikasikan sebagai riya’ atau syirik kecil. Bagi penulis, amal yang mewakili organisasi Islam wajar dipertontonkan agar menjadi contoh, syiar dan method dakwah yang efficient. Walaubagaimanapun amalan individu yang selalu dipertontonkan boleh dinasihati dan bukan dihukumi secara wewenang.
Akhlak Pendakwah.
Allah sebagai pencipta manusia amat berkasihan dengan kita. Di sini perlu kita selaku pendakwah memerhatikan seni dalam kita bergaul dengan pelbagai segmen masyarakat. Sikap hilmun (sopan santun) dalam pertuturan orang yang lebih tua, sikap memanja dan mengusap-usap kepala golongan yang muda adalah sikap yang boleh menukar fahaman, hati dan perasaan mad’u.
      Kita cukup sedih melihat hari ini pendakwah seolah-olah manager atau pengurus untuk program semata-mata dengan diharapkan manusia akan datang kepadanya menyerah diri untuk Islam. Andaian kolot ini menyebabkan ramai dikalangan pendakwah hanya bergoyang kaki dan tidak proaktif mencari anak usrah, mad’u dan sasaran untuk diceritakan Islam padanya. Allah menggagaskan sikap ‘azillatin a’la Al Mukminin’ iaitu berlembut dengan mukmin. Alangkah bahayanya sikap sesetengah pekerja Islam yang amat memusuhi rakan seanggotanya lebih daripada membenci musuh agama. Alasan mereka adalah mereka membenci dan memulau dngan tujuan berkasih sayang. Allah menggagaskan juga sikap a’i’zzatin a’la Al Kafirin iaitu membenci kepada kafirun. Tetapi adakah perlu kita membenci golongan non-muslim. Persoalan juziyyahnya adalah kita perlu membenci sibghah atau acuan kekufuran seperti sikap sekularisme dan sikap yang menyokong system kemanusiaan yang batil.

Posted at 07:18 pm by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment