Wednesday, June 18, 2014

Memurnikan Amal Jamaie

Sunday, April 23, 2006
Memurnikan Amal Jamaie
         Komentar : Tulisan ini saya dapati daripada sahabat saya baru-baru ini. Tahniah kerana memahami konsep amal jamai'e dengan betul. Secara etimologinya, amal ini bermaksud bekerja secara tersusun di dalam organisasi berpandukan kepada misi dan visi (ghayah) yang betul serta melalui pemutusan keputusan yang telus. Namun secara terminologinya berdasarkan perspektif dan keperluan setiap organisasi Islam (jamaah) yang pelbagai. Pada saya, gelombang 'urgue', pertikai dan persoal adalah budaya kritis yang amat dituntut dalam pembinaan ummah yang tajam pemerhatiannya serta peka dengan keperluan semasa. Namun hal ini tetap mempunyai syaratnya. Syarat pertama ialah melihat siapa pendengar kritikan itu serta kepada siapa  (ataupun objek perbahasan) kita tujukan kritikan tersebut (idea). Syarat kedua ialah apakah mainpoint kita, matlamat, tesis dan natijah yang kita harapkan daripada kritikan tersebut. bagi saya kritis boleh memberi impak positif atau memecah belahkan!!! (menghancurkan binaan usaha lama). jadi berhati-hatilah.
Muhammad Nuruddin Bashah
Laman Munawwarah
Memurnikan amal jamaie 
Kirimanummahonline pada Saturday, April 22 @ 12:54:15 MYT
Contributed by ummahonline
Oleh: Shark
Saya tergelak panjang membaca tulisan Maszlee Malik dalam kolum Intifadha, Asrisme dan Hizbut Tahrir: Fenomena dakwah IPT. Tulisan ini yang saya sifatkan --walaupun kelihatan ilmiah-- tetapi hilang fokus dan kefahaman tentang suatu konsep yang lebih besar yang perlu difahami oleh setiap pejuang Islam yang bergerak secara tanzimi, di mana konsep ummah centric yang diwar-warkan oleh penulis sendiri tertakluk di bawah lingkungan konsep ini, iaitulah konsep amal jamaie

Apa yang diutarakan oleh penulis merupakan suatu suluhan yang tidak tepat, yang lebih bersandarkan kepada hujjah bahawa, pejuang-pejuang Islam kini tidak memahami ummah centric, yang disimpulkan kerana mereka mengamalkan konsep jemaah centric. Ini sekali-kali tidak!
Setelah saya menganalisa hujjah-hujjah penulis dalam tulisan tersebut, saya dapati konsep ummah centric telah diolah dan dirumuskan dalam satu bentuk serta tanggapan yang tidak tepat, dan ini juga seolah-olah menunjukkan bahawa penulis tersebut tidak memahami konsep amal jamaie itu sendiri!
Saya tidak menyatakan saya lebih memahaminya daripada penulis tersebut, tetapi saya ingin menyatakan bahawa perbahasan ini telah dilakukan tanpa terlebih dahulu memahami ruang lingkup amal jamaieitu sendiri. Lantas, berasaskan kefahaman amal jamaie yang tidak sempurna, ini menyebabkan hujjah-hujjah dan idea-idea yang terbit seolah-olah bercanggah dengan konsep amal jamaie.
Meskpun sebenarnya konsep ummah centric, seperti yang cuba dijelaskan, adalah merupakan salah satu subset yang terkandung dalamamal jamaie, tetapi ianya seolah-olah tiada keselarasan! Maka, kerana itulah saya berpendapat bahawa satu kekeliruan telah dilontarkan di tengah-tengah medan amal jamaie dan para pencintanya!
Apa yang cuba saya betulkan di sini ialah berdisiplin dengan amal jamaie tidak boleh dikatakan sebagai jemaah centric, kerana kedua-dua pengolahan konsep-konsep tersebut bercanggah antara satu sama lain. Tidak bermakna apabila kita mengintima'kan diri dalam sesebuah jemaah, bermakna kita mengamalkan jemaah centric! Tidak sama sekali!
Mindset ini harus diperbetulkan. Apa yang cuba dirumuskan melalui konsep jemaah centric, iaitu taasub kepada jemaahnya, merasakan jemaahnya saja yang paling betul, memandang serong jemaah-jemaah lain, bergaduh dengan jemaah-jemaah lain, kesemuanya telah menyebabkan munculnya pemikiran bahawa Amal jamaie tidak perlu, kerana dikaitkan dengan konsep jemaah centric. Sedangkan kedua-dua konsep ini tidak sama!
Hakikatnya, kesemua ciri-ciri yang cuba dikaitkan dengan jemaah centricsebenarnya telah pun terkandung dalam ajaran amal jamaie itu sendiri, iaitu termasuk dalam aspek akhlak dan adab berjemaah.
Sekadar itu sahaja komentar saya, untuk membetulkan kembali hujjah serta idea-idea yang menimbulkan kesan-kesan negatif berbanding kesan positif. Usah dibiarkan gejala ini menular dikalangan mahasiswa, khususnya yang tidak mendapat pendidikan agama dari awal. Apa yang kita perhatikan, mahasiswa lebih cenderung terus sahaja diajar dengan sikap "mana hujah?".."mana dalil?".
Sikap seperti ini seolah-olah mengambarkan bahawa mereka ini kelihatan lebih ilmiah berbanding orang lain, walhal mereka sendiri tidak mendalami bidang hadis, ulum hadis, malah buta bahasa Arab! Janganlah mereka ini diasuh menjadi orang yang tidak beradab dengan ulama silam, malah taqlid dengan hujjah ulama-ulama 'makanan segera' yang merebak di Malaysia kini.

Posted at 02:25 pm by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment