Tuesday, June 17, 2014

MEMAHAMI FALSAFAH PEMBENTUKAN JUNDIYYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH

Tuesday, April 18, 2006
Falsafah Jundiyyah
MEMAHAMI FALSAFAH PEMBENTUKAN JUNDIYYAH DALAM HARAKAH ISLAMIYYAH

a) Definisi Jundiyyah

Konsep jundiyyah adalah suatu konsep yang amat penting difahami dalam Gerakan Harakah Islamiyyah. Dalam gerakan Islam akan terselit keperkaaan individu-individu tertentu yang menjadi pasak, pillar dan golongan yang murabithun(kukuh dan tetap) dalam Jamaah. Perkataan ketenteraan dalam Islam berasal dari perkataan Al-Jundu (seorang tentera) dan Junud(tentera-tentera).

Firman Allah
249. Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu Dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu Yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa Yang tidak merasai airnya maka Sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang Yang menceduk satu cedukan Dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. setelah Talut bersama-sama orang-orang Yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang Yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". berkata pula orang-orang Yang yakin Bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan Yang sedikit berjaya menewaskan golongan Yang banyak Dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang Yang sabar".
(Al-Baqarah:249)


b) Pembentukan pengkhususan dalam ketenteraan Rasulullah.

Ali Abi Talib – berani.
Umar Al-Khattab serta Hamzah Abdul Mutalib – Pandai berperang.
Khalid Al-Walid – seorang yang strategik.
Abdullah Ar Rawahah – Berlawan dengan Quraisy melalui syair dan sajak.
Dan lain-lain sahabat.

c) Persiapan para tentera Islam.

  • Persiapan fikrah
  • Persiapan keilmuan
  • Persiapan amalan
  • Persiapan ketaatan
  • Persiapan fizikal, ekonomi dan mental yang kuat
  • Persiapan masa depan

d) Permasalahan ketenteraan dalam harakah hari ini (Siasah Hizbiyah)

  • Krisis kekurangan ahli yang komited.
  • Krisis fikrah, kemalangan kefahaman awlawiyat.
  • Kepincangan pemerhatian dan tanggapan terhadap pola, isu dan suasana.
  • Sikap pesimis yang melampau.
  • Krisis tadhiyah (pengorbanan).
  • Cintakan dunia takutkan cabaran. Sikap cuba elak mehnah secara tidak bijak.
  • Tentera tidak bersedia ditarbiah, dibentuk, digesa dan diacu.
  • Gopoh dalam tindakan, tanggapan dan penyusunan organisasi.

e) Mengapa perlunya golongan teras ini?

Firman Allah:
200. Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
(Ali Imran:200)

Antara bentuk-bentuk skop ketenteraan ialah:
  • Skop strategis dan kepimpinan.
  • Skop intelligent.
  • Skop amilin progresif.
  • Skop da'wah komprehensif.
  • Skop secretariat dan kesetiausahaan. (pengurusan markaz/pusat).
  • Skop penyelidikan dan penilaian.
  • Skop isu, siasah dan penerangan.
  • Skop perundangan dan ekonomi Jamaah.

f) Mengapa bukan semua yang terlibat dengan bidang takhasus ini?

  • Ada ahli akan tafaquh dalam bidang ilmu agama, ilmu da'wah, ilmu pentadbiran, serta ilmu semasa lain.
  • Ada ahli yang menjadi amilin bawahan yang bekerja secara teknikal.
  • Ada ahli yang menjadi cabang amal Islami dalam sektor pendidikan, pekerjaan, penghubung masyarakat setempat dan sebagainya. (maksud cabang amal Islami ialah mereka menzahirkan, mengizzahkan Islam di tempat awam secara fardhi atau organisasi lain).
  • Bukan semua individu akan melepasi tapisan dan pemilihan ini. Bukan semua bersedia dibentuk atau mengikuti kesemua program tarbiah.
  • Bukan semua ahli mempunyai
    • Akal yang jauh
    • Minda yang seimbang
    • Kesihatan yang baik
    • Ekonomi yang stabil
    • Pendidikan dan akademik yang baik (jika perlu).
  • Akan ada askar yang gugur
cth: - Perang Uhud.
       - Perang Hunain.
       - Golongan Khawarij (krisis fikrah/kegopohan menilai maslahah).





g) Ciri umum Tentera Harakah Islamiyyah.
54. Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.
(Al-Maidah:54)

  • Sayangkan Allah.
  • Allah redhakan mereka.
  • Kasihkan orang Islam baik golongan Islam, musuh Islam atau ahli gerakan.
  • Bencikan kafir yang memusuhi Islam dan sibghah kuffar. (Ideologi).
  • Tidak gentar dengan makian, cacian dan mehnah dari golongan mustakbirin.

h) Kegagalan Harakah dalam menyediakan golongan ini kerana:-

  • Jamaah tidak faham kepentingan perlunya golongan teras yang faham dalam Jamaah.
  • Memandang enteng pemprograman tarbiah takhasus sebaliknya menumpukan da'wah umum seperti ceramah politik dan kuliah maghrib serta perkaderan asas sahaja.
  • Asas atau golongan awal jamaah tidak terdedah dengan sistem ketenteraan dan disiplin.
  • Tidak menghubungkan konsep risikan ketenteraan, polis, kadet dan konsep disiplin organisasi dalam jamaah Islam.
  • Tiada model disiplin yang baik dikalangan pemimpin.

Antara simptom utama ketidakdisiplinan
ط       Tidak menepati masa dan janji
ط       Menangguh kerja
ط       Egoistik
ط       Tidak bersemangat (cth: datang ke meeting tanpa catatan, tidak bersemangat dalam usrah)
ط       Suka memberi alasan (cth: apabila diberi tugasan khas, apabila halangan kecil seperti cuaca, halangan kewangan dan keluarga)

i) Skop jihad yang perlu difahami.

1) Jihad lisan
  • Penulisan
  • Kajian dan penyelesaian isu
  • Ceramah dan tazkirah umum
  • Model lisan yang lain (simbol dan pemprojekan imej)

2) Jihad ta'alim
·         Menguasai sektor pendidikan
·         Mengajar ilmu agama
·         Mendalami ilmu agama dan ilmu umum lain
·         Menyediakan peluang pembelajaran lain kepada anak-anak masyarakat

3) Jihad tangan dan anggota
  • Peperangan
  • Bersiap kudrat dan kekuatan jasmani
  • Menyediakan amilin yang pantas dan cergas

4) Jihad politik
  • Menguasai persekitaran
    • Rasmi
    • Tidak rasmi
  • Berjuang secara pilihanraya
  • Berjuang secara politik halus dan strategik
  • Menjuarai isu politik melalui pengamatan yang tajam
    • Political pre-emption
    • Sympatism
    • Defensive
    • Mendiamkan diri (menjadikan lawan apologatis)
    • Memprojek imej bersih dan telus
    • Mengambil alih isu lawan

j) Akhlak tentera Harakah Islamiyyah

1) Surah Al-Asr:1-3
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.


  • Menepati masa
  • Menasihati antara satu sama lain
  • Bersabar
  • Beramal salih

2) Surah Al-Maidah:35

35. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kepada Allah dan carilah Yang boleh menyampaikan kepadanya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

  • Bertaqwa kepada Allah
  • Mencari jalan kepada Allah (berjuang habis-habisan)
  • Berjihad bersungguh-sungguh

3) Surah As-Saff:4
¨   
4. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.

  • Berfikrah dan bergerak secara teamwork

4) Surah Al-Mujadilah:22
   
22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra Dengan orang-orang Yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang Yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman Dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka Dengan semangat pertolongan daripadanya; dan Dia akan memasukkan mereka ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (ugama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (ugama) Allah itu ialah orang-orang Yang berjaya.

  • Mengenepikan keluarga jika bercanggah dengan hukum Allah
  • Mendapatkan nasrullah dengan keimanan mereka
  • Bersifat Hizbullah

5) Surah At-Taubah:71
   
71. Dan orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya Yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

  • Sikap antagonistic antara gender
  • Tolong menolong untuk kebaikan
  • Mendirikan sistem Islam dalam diri (solat), masyarakat (zakat) dan hablumminallah (ketaatan)

6) Surah Al-Maidah:55
$  
55. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang Yang beriman, Yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

  • Mengambil wali (penolong) hanya Allah, Rasul dan orang beriman
  • Wala' pada Allah, Rasul dan pemimpin yang baik

k) Method pembentukan jundiyyah ini

1)       Program khusus seperti tamrin jundiyy khas untuk golongan tertentu
2)       Melatih fikrah yang mendalam dan bersifat juziyyah yang mungkin tidak didedahkan kepada orang awam
3)       Menyeru dan membakar semangat melalui tafsir, tasyji', katibah dan usrah
4)       Memperelok akhlak dan sistem fardi muslim melalui pembelajaran ilmu islam (fiqh dan tasawuf) yang agak mendalam
Posted at 05:41 pm by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment