Wednesday, June 18, 2014

Nak minum kopi?..KOPIESATU !!!!

Wednesday, April 26, 2006
Nak minum kopi?..KOPIESATU !!!!




Pernah tengok logo ini? Rasanya pelajar UM semestinya familiar dengan logo ini....direntang pada lori pick up kecil....warna kuning dengan 2 orang staff atasnya....menunggu sehingga petang, panas dan hujan, semata-mata ingin memasarkan produk tempatan yang didominasi oleh warga bumiputera....Nama francais ini ialah KOPIESATU
Saya paling suka kopi!! Terutama espresso yang pekat tu....dari kecil, sekolah menengah dan hingga kini kopi adalah teman disaat belajar, membaca ataupun saja-saja nak minum.....
Apa yang saya perhatikan, attitude sesetengah masyarakat Melayu Malaysia yang lebih mengutamakan produk francais luar negara di pusat-pusat membeli belah untuk menyatakan status atau entiti peribadi mereka. Mereka melupakan produk yang telah diusahakan oleh warga Malaysia khususnya bumiputera.....
Sekitar era 60an dan 70an dahulu, ramai orang Melayu melaungkan kepada pihak kerajaan tentang pentingnya barangan produk tempatan diutamakan, diusahakan dan dinikmati secara meluas di negara sendiri seperti negara membangun yang lain. hal ini berubah menjelang era 80an dimana Jamaah Al Arqam, FAMA, MARDI, BERNAS dan agensi lainnya mula mengeluarkan produk-produk barangan keperluan khususnya makanan hang halal dan baik. Namun sekitar menjelang era mellenium kini, serangan globalisasi budaya serta sikap 'westophile' yang mencurah-curah memasuki sempadan budaya dan mentaliti warga Malaysia, menyebabkan usaha-usaha tersebut mula dimandulkan secara tidak kita sedari.....mengapa berlaku?..jawapannya adalah kerana permintaan mula berkurang...mula lesu dan digantikan semula dengan produk-produk luar yang dikatakan prestij, berstatus serta berkualiti tinggi....
Semasa saya dan adik kesayangan saya Syakir singgah minum tadi di gerai bergerak berkenaan, dengan layanan mesra, kelakar dan 'caring', saya tiba-tiba terfikir untuk menulis dan mempromosikan usahawan melayu yang gigih ini, agar masyarakat terutama warga UM, mula tahu menghargai produk tempatan yang bersih, halal, baik serta semestinya tidak kurang hebatnya.....
Muhammad Nuruddin Bashah
3.30 26/04/2006 

Posted at 04:08 pm by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment