Tuesday, June 17, 2014

Mahasiswa..perlu perenungan seketika.


Thursday, April 20, 2006
Mahasiswa perlukan perenungan sejenak
Mahasiswa..perlu perenungan seketika.
            Mahasiswa kini dikatakan mula menunjukkan kukunya semula. Mahasiswa mula menggugat kembali seperti era 60an nya. Mahasiswa mula diperhatikan suaranya di celahan penindasan terhadapnya. Benarkah ungkapan-ungkapan ini? Sejauh mana kebenarannya? Apa nilai empirical atau  hitam putih bagi ungkapan ini? Penulis cubamembawa pembaca merenung sejenak gerakan mahasiswa kontemporari.

            Apabila tekanan mula diperkenalkan oleh pihak universiti dalam usaha mengekang sokongan tidak langsung mahasiswa kepada kejatuhan pengaruh mendadak  kerajaan sekitar 1999, mereka mula menyusun strategi lebih berbisa dalam mengukuhkan lagi akta AUKU yang telah dipinda beberapa kali demi melihat kawalan secara langsung bermula. Bagi penulis sendiri, Universiti Malaya mula dikawal secara langsung, suara, pergerakan, aliran wacana keilmuannya sejak 2003. Dan impaknya bukan sekelumit tetapi turut merasuk kepada beberapa kampus lainnya.

            Manusia adalah rencam dan abstrak. Manusia susah dikenali sikapnya. Apabila asakan reflektif mahasiswa kepada tekanan berlaku kini, kita melihat refleksi tersebut adakalanya berlaku secara tidak tersusun dan terancang. Adakalanya pada pengamatan penulis terlalu disusun dan diawasi sehingga seolah-olah menafikan perubahan persekitaran dan isu adalah melalui disiplin sains social yang bukan ala robot kelakunya. Gerakan mahasiswa di sesetengah tempat kelihatan menganggap isu besar yang berlaku di kampusnya sebagai rahmat besar sehingga dimanipulasi semaksima (bukannya secara optima) dan natijahnya, mahasiswa letih, hilang idea, tertekan, dan pihak atasan mula mengesan modal dan pola gerak kerja gerakan tersebut untuk akan datangnya. Alangkah ruginya. Manipulasi semberono sebegini sebagai contoh perlu dilihat kes Pilihanraya kecil Sanggang  dimana manipulasi berlebihan isyarat lucah MB Pahang waktu itu. Apakah keputusannya?

 Disinilah perlunya perenungan semula. Perenungan lebih besar daripada kosep muhasabah atau post mortem ala gerakan Islam konvensional; marah-marah, salah menyalah dan memesong pemikiran selangkah-demi langkah ke belakang! Perenungan ini adalah salah satu konsep berundur 2 langkah demi 3 langkah akan datang. Melihat kembali kerencaman manusia atau mahasiswa semasa sebagai matlamat perjuangan serta sejauhmana sokongan golongan mahasiswa lain kepada kelompok gerakan mahasiswa. Perlukah disebut gerakan mahasiswa atau gerakan segelintir mahasiswa? Anda lebih maklum.

Perenungan adalah sebagai ulang tayang pola gerakan mahasiswa dalam 3 hingga 5 tahun kebelakangan ini untuk menklasifikasi elemen dan bentuk gerakan yang berlaku saban tahun. Adakah ianya reaktif, proaktif atau sekadar mempergunakan isu persekitaran sebagai taruhan utama mahupun sampingan. Perenungan mengelakkan kita melanggar tembok berulang kali, badan sakit, tembok tak runtuh. Keruntuhan tirani yang telah lama berakar umbi ini amat perlu direncanakan secara teratur dengan disusuli dengan gerak kerja berterusan. Sedangkan  Nelson Mandela mengambil masa sehingga 30 tahun untuk emmebbaskan negaranya, inikan pula kita dimana pemimpin silih berganti saban tahun.

Gerakan mahasiswa yangkininya didominasi oleh kelompok Islam (sejak 80an) perlu melihat semul pola masyarakat sekeliling. Masyarakat kini bukan sepeti era 60an serta 70an. 60an tandanya adalah jambul di kepala, seluar ketat dan skuter sebagai symbol. 70an pula dikenalpasti dengan baju berkolar besar serta berseluar lebar. Era 80an dipelopori oleh fesyen rambut lebat di hadapan, gaya rock dan jeans ketat. Tetapi  era 90an hingga kini bolehkah kita mengenalpasti trend umum yang seolah-olah disepakati ramai? Jawapannya tiada. Post modern (era pasca kemodenan dunia) menyaksikan kerenacaman manusia bertambah kompleks. Menurut teori sains social, era ini diselaputi kekabutan. Manusia menerima penormaan secara hampir sekata dan serasi di seluruh dunia akibat tenaga globalisasi. Globalisasi dengan agen-agen kapitalis, membawa bukan hanya doktrin ekonomi bebas sebaliknya norma, undang-undang serta corak pemikiran yang lebih sukar dikawal dan dikenalpasti asal usul pemikiran tersebut. Dalam kekabutan ini, mahasiswa Islam masih teguh kelihatannya menggunkan metodologi ala 80an dalam menangani kehendak markert dikampusnya. Seolah-olah, mahasiswa kini tidak pernah melayari interet, tidak membaca serta tidak dihempasi dengan gelombang budaya tanpa arah tersebut. Corak pemikiran yang terfokus da berasaskan isu yang kurang menyebabkan mahasiswa sekitar 70an dan 80an mudah memenangi hati masyarakat kampus. Tetapi kini lain pula ceritanya. Manusia kini dimomokkan dengan pelbagai konsep hiburan, meghakis nilai kebersamaan denga persemaian nilai individualisme (konsep asas kapitalis) serta pelbagai dogma yang memaksa mereka berlainan pendapat. Tetapi kita masih berlingkar dalam perbahasan orbit gerakan Islam sekitar 60an dan 50an yang silam.

Apabila pihak Universiti mewajibkan mengundi, ianya sebenarnya merupakan ancaman terbesar kepada gerakan mahasiswa Islam. Kenapa? Kerana gerakan ini sebenarnya adalah kelompok bersilat di gelanggang sendiri, di tonton oleh orangnya sendiri dan disokongi oleh penyokognya sendiri. Pentas ala eksklusif ini terhasil secara tidak disedari. Lebih 60% warga kampus yang sebenarnya tiada pemimpin kerana sebenarnya mereka tidak pernah mengambil tahu perihal MPP dan mereka juga disisihkan oleh pemimpin mahasiswa. Kewajipan mengundi kepada mahasiswa menyebabkan mereka tanpa ikhlas mula mengundi dan mereka hanya akan mengundi sesiapa yag kelihatannya dominan dan memperlihatkan kecenderungan dogmatic. Semestinya pihak lawan gerakan mahasiswa Islam. Jadi dimanakah letaknya kelopok ini sejak 20 tahun yang lalau? Jawapannya mereka tiada tempat dalam percaturan kampus. Mereka tidak berpeluang menunjuk aspirasi dan keinginan mereka. Mereka mudah diperkotak katik. Kini? Sekarang mulalah kita membahaskan kelompok ketiga ini sebagai sasaran. Gerakan yang bijak pula kelihatan mula membuka pintu untuk memperjuang nilai sepunya dengan kelompok ini.

Tahukah kita di dalam New Strait Times baru-baru ini ada dilaporkan luahan beberapa warga kampus yang rasa dirinya dibinatangi oleh pihak Universiti. Mereka tiada gerakan tetapi tetap mempunyai perasaan dan mahukan perhatian. Isu homofili inilah yang perlu diutamakan dalam priority focus gerakan mahasiswa. Sebagi contoh, apabila sesuatu konsert di kampus dibantah secara menggila di kampus. Apakah sebenarnya tujuan tindakan itu? Jawapan mungkin amar ma'ruf Nahi mungkar. Tetapi sedarkah kita pandangan secara mikro ini menyebabkan kita bersorak untuk jangkamasa pendek. Sebaliknya jika pandangan makro dicerap dari perspektif luas sekarang dan hadapan, kita akan melihat lebih banyak tembok besar terhasil antara kita dengan kelompok ketiga ini. Tulisan ini bukan menafikan persoalan prinsip, tetapi cuba melontarkan pandangan menurut perspektiof yang agak berbeza mungkin. Keadaan ini seperti dikatakn oleh Dr Zulkifli Ahmad sebagai fiqhul Ahkam atau kefahaman untuk menghasil hukum-hukum dengan menatijahkan disengagement (ketidaklibatan) antara gerak Islam dan masyarakat kampus. Sedangkan 'engagement' adalah tuntutan para pendakwah seiring dengan prinsip uzlah syuuriyyah.  Bagaimana kelompok yang kelihatannya tidak bercampur, sering menongkah arus ini boleh digelar pemimpin mahasiswa mutlak di kampus? Hakikatnya kemenangan mutaakhir sebelum ini adalah akibat sokongan 'orang dalam' sendiri. Pengikut sendir yang mengundi setiap,kali PRK. Apabila kelompok ketiga berpencak, kita mula terasa bahawa kita sebenarnya disepit oleh kelompok pertama dan ketiga ini.

Bagaimanakah perenungan ini boleh dijayakan? Semestinya dengan kerjasama kesemua kelompok gerakan mahasiswa tanpa mengira idealisme dan genre gerakan. Pada penulis gerakan mahasiswa Islam (harakah) sememangnya amat tersusun organisasinya. Tetapi demokrasi dalam pemikiran mahasiswa Islam selalu disempitkan dengan karenah birokrasi dalaman gerakan serta sikap kepimpinan yang dogmatic.

            Ada gerakan yang seolah-olah menafikan keilmuan asasi pengikutnya. Mereka dinafikan pengalaman silam mereka atas alasan tidak wqii' (tidak sesuai dengan nilai setempat gerakan) Mereka diberi pelbagai syarat untuk berjuang. Screening sebeginilah menapis terlalu banyak mahasiswa intelek dan berwibawa. Hasilnya pengikut gerakan terdiri daripada mahasiswa terbiasa dengan doktrin, mudah dicucuk hidung.kritis serta yang paling malang ialah krisis kepemudaan. Mahasiswa yang berjiwa terlalu tua dan lemah.  Ada penggerak gerakan yang dinafikan hak mencari keilmuan tambah demi mengekang kebijakkan pengikut agar tidak melebihi si pendogma tersebut.

            Antara intipati perenungan ialah menangani krisis demokrasi dalam gerakan. Demokrasi terhakis dalam gerakan mahasiswa Islam terserlah dengan penutupan pintu diskusi, berbahas topic-topik tertentu dan ada perkara yang  dianggap isolated issueuntuk dibahaskan oleh mahasiswa pendokong gerakan itu. Berbahas tidak semestinya kepada pemegang autoriti sahaja dengan alasan mereka lebih berhak kerana mempunyai kuasa. Yang berhak adalah pemimpin. Hujah sering dilihat secara fallacy iaitu perlu dilihat siapa yang bercakap. Samaada individu yang berautoriti atau tidak. Hasilnya percambahan pendapat tidak terhasil. Keputusan ini tidak semestinya akan tepat lantaran kerecaman pemikiran bukan sahaja melanda warga umum kampus sebaliknya juga melanda pengikut gerakan yang semestinya seorang manusia juga. Pemimpin seolah-olah takut dengan idea ahlinya. Menutup mulut ahlinya sendiri. Kebebasan berhujah bukan bermakna membebaskan individu untuk biadab mengutarakan pendapat. Sebaliknya resolusi dan pendapat bernas yang perlu diburu. Mahasiswa yang memahami konsep asas demokrasi akan tidak kaku (stiffness mind) mindanya dalam mempertahan hujah sendiri. Sebaliknya perlu melihat kepada pandangan paling bernas utuk diikuti dengan keyakinan.  Pada penulis, kebebasan berpendapat dalam gerakan Islam adalah kebebasan berprinsip dan tidak terlalu bersikapcosmopolitanisme dalam menerima idea luar. Budaya mengkritik kini dihapuskan dalam gerakan. Sedangkan Saidina Umar amat-amat mengalu-alukan kritikan membina daripada masyarakatnya.

Wacana intelek perlu diperhebat dalam proses perenungan langkah mahasiswa. Perdebatan buku-buku ilmiah dan separa ilmiah perlu diaktifkan diperingkat akar umbi mahasiswa dan perlu dibuka kepada semua segmen mahasiswa tanpa mengira ideology. Terlalu sukar kini untuk melihat pemimpin gerakan mahasiswa khususnya aliran Islam, untuk berhujah sesuatu isu secara spontan. Bagaimnakah mereka mengaku mewakili kesemua segmen sedagkan isu ruang makro tidak dapat dikuasai dan ditangani. Tradisi keilmuan mahasiswa perlu dipugar.

Pada penulis perenungan akan menghasilkan jiwa dan strategi yang proaktif. Sememangya tidak dapat dinafikan isu persekitaran negara dan dunia turut mencaturkan pola politik kampus. Sebagai contoh isu DSAI. Tetapi bagaimana ianya dilakukan juga secara peramalan (prediction) bukannya responsive semata-mata. Isu keganasan terhadap mahasiswa adalah isu responsive. 
Muhammad Nuruddin Bashah
jihadin82@yahoo.com

Posted at 03:06 pm by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment