Wednesday, June 18, 2014

Aliran Mistik Pernah Diasaskan Oleh Falsafah Yunani

Sunday, April 30, 2006
falsafah aliran mistik

Saya amat meminati ilmu falsafah. Falsafah menyebabkan kita lebih lateral, kadangkala kritis dan menyebabkan kita tidak bersifat 'binary minded'. Jadi saya banyak menggalakkan sahabat-sahabat saya menulis seberapa banyak artikel tentang falsafah. Ini adalah sebahagiannya.

Aliran Mistik
Pernah Diasaskan Oleh Falsafah Yunani

Oleh : TG Abd Ghaffar
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Falsafah dalam pengertian yang mudah bermaksud suka akan pengetahuan dan kebenaran. Orang Yunani bukan sahaja cinta akan ilmu pengetahuan bahkan mereka sentiasa sahaja berusaha dalam mencari kebenaran terhadap sesuatu perkara dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Namun bukan semua kebenaran itu dapat diungkap dan diperjelaskan dengan menggunakan akal fikiran. Hal-hal yang berkaitan kewujudan alam, berlakunya kematian, kehadiran roh dan hal-hal yang berkaitan dengan ketuhanan tidak dapat dihuraikan dengan logic akal. Hal ini terus mendorong ahli falsafah mencari jawapan dan rahsia disebalik segala persoalan yang tidak terjawab oleh akal-akal manusia ini. Hanya yang mampu mereka lakukan adalah menyoal dari manakah asal kehidupan manusia dan kemanakah hala tuju kehidupan mereka selepas berada di dunia zahiriah ini. Pertanyaan ini telah menimbulkan banyak polemic dan pandangan dikalangan ahli falsafah Yunani itu sendiri.

            Usaha untuk mencari kebenaran terhadapa persoalan ini telah melahirkan berbagai-bagai aliran mistik dalam dunia falsafah Yunani. Salah satu aliran yang masyur dikalangan orang Yunani ialah menyatakan mereka ini berasal daripada Tuhan. Kononnya mereka telah dicampakkan ke dunia disebabkan dosa yang telah dilakukan. Kehidupan mereka didunia ini dianggap sebagai satu hukuman kepada mereka untuk membersihkan kembali jiwa, hati dan akal mereka. Setelah kesemua aspek tersebut telah disucikan maka barulah mereka boleh kembali kepada asal dan dapat merasa kewujudan Tuhan.

            Para pengikut aliran ini menganggap mereka adalah Tuhan yang terbuang. Hanya cinta yang dapat menyatukan mereka semula dengan Tuhan. Tanpa cinta manusia akan hidup dalam persengketaan dan perbalahan. Cinta yang dapat menyelesaikan konflik yang tercetus ini. Tanpa cinta juga manusia akan hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Salah seorang pendukung kuat kepada falsafah mistik ini ialah Empedocles yang menyatakan manusia berasal daripada Tuhan dan akan kembali menjadi Tuhan. Sebagai buktinya, manusia mewarisi sifat-sifat Tuhan seperti mengasihi, menyayangi dan mencintai. Falsafah ini menyatakan bahawa cinta mereka salah satu sifat Tuhan yang penting. Dengan cintalah akan terbukanya pintu langit untuk memberi jalan pulang kepada manusia cinta juga menyatukan diantara laki-laki dan perempuan untuk hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Tetapi kenapakah kehidupan manusia zaman berzaman sentiasa sahaja berlaku persengketaan dan penindasan. Semua ini berlaku kerana manusia semakin jauh daripada Tuhan.

            Oleh sebab itulah manusia harus memimpin rohnya kearah kebaikan. yang demikian dapat dilakukan dengan melakukan penyucian keatas rohani dan hati. Rohani juga seperti jasmani yang tidak dapat dinafikannya daripada sakit, justeru itu rohani juga harus diubati apabila ianya dihinggapi dengan penyakit-penyakit yang menjauhkan dirinya daripada Tuhan dengan membuang segala kehendak dan menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan(wasatiah).

            Antara factor inilah yang telah menyebabkan Empedocles menolak tawaran untuk menjadi raja. Beliau meninggalkan kehidupan yang mewahnya untuk mencari dirinya yang hilang. Empedcles mengembara dari satu tempat ke satu tempat dengan menyayikan lagu-lagu keagamaan dan kesucian. Bagi beliau, manusia ini mempunyai banyak dosa dan harus mengorbankan kepentingan dirinya dalam usaha membersihkan kembali diri mereka daripada kekotoran dosa yang dilakukan.

            Seorang lagi yang ahli falsafah Yunani yang membawa ajaran mistik dalam aliran pemikrannya ialah Pythagoras. Pythagoras telah menggunakan kaedah pendidikan rohani untuk membersih dan  menyucikan roh. Pythagoras mempunyai ramai anak murid dan mereka membentuk satu kumpulan yang hampir menyerupai satu tarekat yang mana mereka ini hidup terasing dari masyarakat. Mereka hidup dengan melakukan amal ibadat. Amalan ini dilakukan kerana mereka mempercayai setelah datang kematian, roh mereka akan berpindah kepada jasad haiwan. Pandangan ini berbeza dengan Empedocles yang menganggap roh manusia akan kembali kepada Tuhan. Dalam hal ini, Pythagoras tidak menafikan bahawa manusia ini datangnya daripada Tuhan tetapi roh manusia tidak akan kembali kepada Tuhan selagi mana manusia tidak dapat membersihkan segala dosa-dosanya. Selagi manusia berdosa, selagi itu manusia kekal di dunia.

            Untuk menghapuskan dosa itu, manusia perlu hidup secara murni dengan tidak memakan daging dan kacang. Hal ini kerana pada tanggapan beliau makanan tersebut boleh membawa mereka kepada sifat kebinatangan dalam diri. Manusia harus mendapatkan kembali sifat ketuhanan. Salah satu caranya ialah dengan hanya memakan sayuran dan buah-buahan. Penyucian secara jasmani sahaja tidak mencukupi dan ianya perlu selaras dengan penyucian darisegi rohani juga. Rohani dapat dibersihkan melalui amalan zikir dan melakukan muhasabah. Muhasabah ini perlu dilakukan setiap hari dengan memeriksa hati dengan bertanyakan pelbagai soalan. Kalau ternyata ada dosa dan kesalahan yang dilakukan, maka ia harus menyesali dan menginsafinya dengan sepenuh hatinya. Dengan itu hati akan menjadi tenang dan tenteram. Menurut Pythagoras, dunia ini merupakan satu jalan kepada dunia yang lain. Manusia harus membuat persediaan untuk menuju ke dunia tersebut yang menjadi destinasi terakhir dalam penghidupan. Pembersihan rohani dan jasmani tidak dapat dilakukan secara serentak teapi ianya haruslah dilakukan beransur-ansur secara berterusan. Kesucian roh mempunyai banyak tingkatan. Roh akan meningkat dari satu tahap kepada tahap  yang lain bergantung  kepada amalan penyucian yang dilakukan. Untuk mencapai kepada tahap kemurnian, seseorang perlu menempuh perjalanan yang penuh mistik dengan hidup sebagai seorang sufi. Dia tidak boleh berfikir tentang kebendaan dan perlu membuang kebendaan dalam dirinya.

            Aliran mistik dalam falsafah Yunani ini mempunyai banyak persamaan dengan bebrapa ajaran agama di dunia sekarang. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek daripada ajaran itu juga diamalkan didalam Islam. Dalam Islam kita diingatkan dari Tuhan kita  datang dan kepada Tuhan kita akan dikembalikan. Kenyataan ini menggambarkan bahawa hidup didunia ini hanya bersifat tidak kekal dan sementara. Jadi, umat Islam perlu mendidik hati nurani mereka dengan sifat-sifat mahmudah untuk melahirkan insan yang kamil dan berpekerti mulia. selamat membaca.


Posted at 09:06 pm by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment