Wednesday, June 18, 2014

tafsir al-fatihah(ayat 6)

Saturday, April 22, 2006
tafsir al-fatihah(ayat 6)
اهدِنَا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus" (surah Al Fatihah :6)
      Kali ini kita akan cuba menghalusi kemuncak bagi matlamat Surah Al fatihah yang sebenarnya. Inilah matlamat utamanya iaitu suatu doa untuk memohon jalan yang lurus. Kenapakah disebut jalan yang lurus? Kenapa tidak dikatakan jalan yang satu atau jalan yang terpilih? Sifat lurus pada jalan adalah jalan yang semestinya disukai dan akan dipilih oleh seorang pemandu. Mereka akan memilih jalan yang mudah dibawa tanpa memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kenderaan. Inilah perumpamaan ayat ini.
Jalan yang lurus.
      Suatu ketika Rasulullah SAW pernah menggariskan pada tanah satu garisan. Kemudian Rasulullah membuat garis-garis yang bercabang daripada garisan induk tersebut. Lalu baginda membacakan ayat Al Ana'am ayat 153
وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيماً فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ
" Dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus maka ikutilah ia, dan janganlah kamu ikut akan jalan-jalan yang lain, kelak ia akan memecah belahkan kamu"
Jalan yang lurus adalah impian setiap manusia. Jaln ini juga dikenali oleh golongan kafir sebagai jalan hidup yang bahagia. Agama Budhha menganggap Nirvana dan Mokhsha sebagai matlamat hidup. Terdapat agama lain yang ingin bersatu hidupnya dengan tuhan. Islam selaku nahjus Sohih yang menjadi nizam al hayah memberi pelbagi solusi lengkap kepada manusia. Lihatlah satu persatu system nya:
  • Kehalusan system pewarisan harta (yang tiada dalam agama lain)
  • Keadilan system perkahwinan (Hindu mengamalkan amalan satthi yang menzalimi balu)
  • Kecantikan system ekonomi Islam (tiada agama lain yang mempunyai system ekonominya sendiri)
  • Pengertian politiknya yang telus.
  • Aturcara Ibadahnya yang menyihatkan tanpa memberatkan golongan awam serta menenangkan. Inilah Islam.
Pengertian Hidayah.
      Menurut Jamaain Abdul Murad dalam Tafsir Juzu' Amma dan Sheikh Rashid Redho dalam Tafsiran Al Manarnya, manusia sedari kecil sudah diberikan hidayah. Iaitu :
  • Hidayah Wujdan At Tabii'y : Ini ialah hidayah dan petunjuk yang Allah beri kepada manusia sejak dilahirkan. Iaitu rasa lapar, dahaga dan panas yang tidak memerlukan guru untuk difahami oleh mereka.
  • Hidayah Al Hawas : Hidayah panca indera yang memandu manusia untuk mendapat maklumat seperti mata, telinga dan kulit. Petunjuk ini disebut sebagai reseptor dalam istilah sainsnya.
  • Hidayah Aqli : iaitu petunjuk dan maklumat yang disintesis atau diproses oleh akal manusia. Melalui akallah manusia tahu mana yang baik atau buruk. Lantaran itulah manusia yang bijak (ulul Albab) akan menggunakan akalnya untuk melihat kebenaran Ilahi dan memastikan dirinya mentaati Allah melalui anugerah akal. Allah sering menyindir golongan pandir yang tidak mahu menggunakan akalnya demi mendapat kebenaran sebagai (Afala ya'qilun, afala tatafakkarun)
  • Hidayah Ad Din : Ini ialah hidayah yang Allah beri kepada sesiapa yang berhak. Tidak semua insane diberikan hidayah ini. Kerana itulah jika kita semata-mata menggunakan nazarah (penglihatan dan pengamatan) untuk mencari kebenaran kita tidaka akan memperolehi kebenaran lantaran tiadanya hidayah ini pada kita.
  • Taufiq : Taufiq adalah usaha ikhtiyariy manusia untuk mendapatkan kebenaran. Tanpa usaha Allah tidaka akan mengubah diri dan situasi kejahilan kita kepada kebenaran. Inilah peranannya pendakwah untuk menggerakkan taufiq ke dalam diri madu' mereka tanpa mengira sasaran menerima dakwah atau tidak.
Penggunaan Akal untuk mendapat Hidayah.
      Dalam Surah As Syams Allah berfirman,
فَأَلهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقْوَاهَا
" Maka diilhamkan kepada manusia jalan yang buruk (fujur) dan jalan yang baik (taqwa)" (Surah As Syams :8)
      Maka setiap manusia akan diilhamkan jalan baik dan buruk berdasarkan kemahuan dan kehendaknya. Apabila seseorang manusia inginkan jalan kebaikan Allah akan membantu dan meluaskan dadanya untuk Islam. Rasulullah menegaskan bahawa orang yang diinginkan Allah akan kebaikkannya maka akan diberi kefahaman Ilmu agama walau apa latarbelakangnya sekalipun.
      Kita melihat bagaimana Pluto dan Xeno ahli falsafah Yunani yang diilhamkan pelbagai idea yang bernas dan baik untuk masyarakatnya. Tamadun ini juga menyediakan basis demokrasi yang dekat dengan system keadilan Islam. Lantaran itulah ada yang berpendapat terdapat petunjuk atau Nabi yang diutuskan kepada bangsa Yunani ini.
      Kita juga melihat bagaimana golongan Yahudi yang anarkis serta degil diberikan pelbagai idea yang saban kurun menyusahkan umat manusia seluruhnya. Idea teori Darwin yang menghasilkan pertembungan rasial seluruh dunia, Teori Komunis yang banyak memakan nyawa serta ternyata songsang dari fitrah kemanusiaan, teori kapitalisme yang menekan sesetengah indidividu dan bersifat rasis, idea pertembungan Islam dengan blok barat yang menghasilkan pertembungan Islam dengan barat secara berterusan serta banyak idea lagi yang menyesakkan manusia. Jaln –jalan kejahatan ini dibantu oleh Iblis dan Syaitan atas keizinan Allah. Disinilah perana manusia berdoa agar diberikan idea dan ilham untuk maslahah umat, idea untuk membangunkan umat dan idea untuk pembinaan yang muslih.
Perlunya manusia akan tali yang sejahtera.
Firman Allah
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ
"Berpegang teguhlah dengan tali Allah secara beramai-ramai dan janganlah berpecah belah"  (Surah Ali Imran : 103)
Tali ini juga disebut sebagai U'rwatul U'sqa iaitu tali yang sejahtera. Bantuan (jalan) ini hanya didapati setelah kita mengkufuri perkara-perkara toghut (fujur). Disini jelas bahawa di dunia ini hanya ada 2 sahaja blok. Blok Islam serta blok jahiliyyah yang menyesatkan. Blok Islam diperolehi jika kita menidakkan blok kesesatan tersebut. Inilah syarat untuk mendapat tali yang sejahtera tersebut.
Golongan yang tidak mendapat Tali Hidayah Allah.
      Golongan ini sdisebutkan sebagai golongan ilhad. Golongan yang umumnya dikenali sebagai ideologist ini akan tyerseungkur akhirnya. Mulhidun adalah perlambangan manusia yang tidak dibenarkan memilih jalan taqwa (jalan takutkan Allah).
Ciri-ciri mereka adalah:
  • Kegoyangan fikiran dan pertentangan jiwa.
Telah terbukti ideaologi yang berasaskan secular dan atheis (Darwinisme dan Marxisme) telah menghasilkan porak peranda dis eluruh dunia. Teori ini hanya mengahasilkan golongan hero rimba yang menindas golongan lemah. Lihatlah teori kolektif komunisme (taa'ddudiyyah), kita melihat dimana kesamarataan yang dicanangkan hanya retorik yang indah. Sebaliknya penindasan golongan yang tidak berdaya, golongan beragama, golongan berpenyakit begitu teruk sekali. Mereka sendiri tidak tenang dan tidak tahu arah kemana teori mereka. Mereka sendiri terpaksa mengubah teori asal Marx ke bentuk yang lain serta lebih agresif dan kejam (Bolshevik). Mereka tertekan dan menderita atas kesilapan mereka sendiri.
  • Mencari kepentingan diri.
Golongan yang tersesat akan senantiasa memikirkan nasibnya sahaja kerana tiada bimbingan kuasa lain yang besar. Akal dan jasad mereka adalah cagaran bagi menongkah arus kemanusiaan. Mereka mencaturkan sosiologi manusia mengikut naluri hati tanpa memikirkan hubungan erat timbal balik yang Allah sarankan. Mereka akan terjebak dengan ideology yang mementingkan kepentingan bangsa, negara, ras dan suku mereka. Inilah assobiyyah yang haram untuk diikuti.
  • Memusnahkan system kekeluargaan dan system masyarakat.
Ideologi sesat banyak menghasilkan durjana-durjana yang kononnya sebagai solusi sebaliknya bertindak sebagai pemusnah system kekluargaan dan masyarakat. Manusia mula menerapkan fahaman ananiyyah dan individualisme. Merteka lupakan kepentingan jiran, keluarga, adab sopan dan kehormatan maruah keluarga seperti yang Islam bawakan. Komunis telah lama memisahkan anak-anak daripada ibu bapa kerana anak yang sihat akan menjadi milik negara (seperti fahaman kerajaan Sparta Yunani kuno). Mereka lupakan maluri tradisi mereka terhadap kasih sayang dan hati. Inilah fahaman sesat yang dibauri oleh pandaun syaitan untuk memusnahkan ajaran hilmun bawaan Rasulullah SAW.
Terdapat banyak lagi natijah dan implikasi buruk akibat ketiadaan hidayah dan petunjuk ke arah yang lurus dan salimah. Maka sebagai golongan pendakwah, seharusnya kita juga memohon petunjuk agar tidak menjadi seperti Azazil yang lupakan doa kepada dirinya sendiri..
Posted at 03:08 am by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment