Tuesday, June 17, 2014

Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu

Thursday, April 20, 2006
Asal Rentak Politik Cina di Tanah Melayu
DISKUSI POLITIK : POLITIK CHINA serta persejarahan perhubungan etnik Melayu dan cina di Tanah Melayu
Muhammad Nuruddin Bin Bashah
Fakulti Kejuruteraan UM 2006

ABSTRAK
Penulisan ini bukan sekadar mengupas isu politik Negara China dari segi persejarahannya, tetapi cuba membawa pendangan pembaca kepada beberapa plot penting berkenaan seni politik, atucara masyarakat dan nilai emosi masyarakat Cina dan Melayu sekitar era peperangan dunia kedua dan perang dingin. Justeru diharapkan penulisan ini bermanfaat untuk meningkatkan tanggapan, pemikiran dan strategi kita dalam arena politik. Beberapa plot penting boleh dijadikan hujah dan skill. Ahli gerakan yang selalu mengkaji teori politik barat dan klasik akan lebih memahami pola politik sekitarnya kini.

Sekitar masyarakat China.

            Seperti yang dipercayai oleh semua masyarakat kita, bangsa cina adalah masyarakat yang terkenal dengan sikap rajin, menepati waktu berniaga, pandai, bijak mencari keuntungan, bersifat agak kepuakan (chauvinis) terutama kepada bangsa lain ataupun sesama cina yang berlainan dialek dan puak. Masyarakat cina terkenal dengan semangat nasionalis nya yang tinggi. Ini berlainan dengan masyarakat cina terkini yang cubamenidakkan budaya yang dikatakan konservertif. Namun ianya ada baiknya lantaran penerapan kerajaan Malaysia yang inginkan masyarakat bersatu padu, tidak berpuak dan menidakkan prejudis rasial walaupun Malaysiasendiri masih mengamalkan politik komunalisme dalam kempen pilihanrayanya.

Sejarah awal perjuangan China.

            Dalam sejarah, kita mengetahui selain Mesir dan India, Negara Chinaadalah Negara yang kuat berpegang dengan sistem monarki. Hal ini berlaku kerana masyarakat China menganggap Raja mereka mendapat mandat (sistem teokrasi) daripada tuhan langit (tian). Sebarang penyelewengan akan ditentang serta digantikan dengan dinasti daripada keluarga yang lain. Sistem feudal dan monarki adalah suatu sistem yang memang sukar untuk mencapai kemakmuran secara sekata. Selalunya monarki akan membahagikan masyarakatnya dengan layer bangsawan (golongan separa pemerintah), golongan borjois (golongan intelek, seniman, pengkarya, pemikir serta tenokrat), golongan proletar (golongan petani dan buruh) serta golongan hamba (pariah). Sistem monarki adalah sistem yang menyelesaikan masalah Negara tetapi tidak rakyatnya. Selalunya dalam setiap rasial ada ideologinya, ada pendapatnya dan ada perjuangannya. Apabila sistem monarki semakin menekan golongan tertentu hasilnya adalah perjuangan ideologi berteras kepada ras masyarakat akan terhasil. Dalam bicara politik barat nanti, akan diterangkan berkenaan perjuangan kaum borjois. Di China terutamanya perjuangan proletar akan muncul selepas penekanan sosioekonomi barat dan Manchu. Pada awal sejarah Dinasti Ming adalah dinasti yang paling makmur dan meluas perhubungannya terutama rantau tanah  kepulauan melayu.

Kemunculan Pejuang Bangsa

Sejak kurun berkurun, Tanah Besar China selalunya akan diidami oleh kerajaan sekelilingnya. Sejarah juga menyaksikan bangsa cina terlalu kuat untuk dijajah melihat kepada seni mempertahan dirinya, kemahiran membuat senjata, semangat kebangsaannya (jika ditiup), permukaan bumi China serta strategi lainnya. Bangsa tentera utara selalu mencuba untuk menjajah (dinasti Song) namun masih dapat dipertahan dengan tiupan semangat oleh Puteri Song. Bangsa Monggolia (tentera Tartar) yang zalim, barbarian yang telah berjaya menjajah Baghdad (Abbasiyah), berjaya dikalahkan oleh China.

            Namun pada penghujung Dinasti Ming, Kerajaan Manchuria berjaya menjajah China dengan bantuan oleh tentera British ang ingin menjadikan Dinasti Manchu sebagai boneka.Dalam Filem-filem China kita boleh menyaksikan sejarah Wong Fe Hong dan sejarah penentangan kumpulan The Boxer dan Teratai Merah /putih terhadap Manchu. Kuih bulan disebar dengan terselit nota di dalam kuih itu yang menyatakan kepentingan melawan kerajaan Manchu dan British. Akhirnya Manchu musnah kerana doktrin menyeluruh ini.
Permaisuri yang memerintah Manchu terlalu lemah dan diperalat oleh British. Pada saat ini ramai anak China yang berhijrah ke Britain dan Amerika Syarikat untuk belajar serta mengambil pengalaman politik disana. Diantaranya adalah Dr. Sun Yat Sen, seorang rakyat bawahan yang melihat sendiri penderitaan bangsanya akibat dasar pecah dan perintah serta sikap Manchu yang selalunya menyebelahi kaum bangsawan feudal. Sun Yat Sen lantaran ilmunya mula menjadi golongan borjois, di hina kerana memperjuangkan budaya celik politik dan ilmu dikalangan rakyat. Beliau membawa gagasan demokrasi ala British. Tetapi kenapa British tidak menyenanginya? Sedangkan British mengaku membawa sistem yang adil iaitu demokrasi ke negara kolonialnya? Ini juga berlaku kepada Amerika sekarang yang mengaku membawa sistem demokrasi di Iraq dan Afghanistanmenggantikan sistem diktator.
            British tidak menyenanginya akibat sikap nasionalisnya yang amat tinggi dan kuat untuk merdeka serta dasar keilmuannya itu. Namun dengan bantuan ketenteraan China, Revolasi berlaku pada 1911 dimana Parti Kuomintang China ( Dr Sun Yat Sen) berjaya memenangi revolusi. Kemenangan ini tidak membawa kemakmuran sejati kerana ekonomi yang lemah selain pengaruh tentera yang amat kuat. Beliau melancarkanOrganisasi Rakyat China Seberang Laut untuk mendapatkan dana dan sokongan. Beliau juga melaksanakan sistem sanguinis-soli iaitu sesiapa orang Cina yang lahir di luar China asalkan keturunannya Cina, maka akan menjadi rakyat China secara tidak langsung. Untuk menguatkan negaranya kembali, Yat Sen telah membenarkan  Parti Bolshevik (Komunis) Rusia membuka cawangan Komunisnya di  China. Akibatnya ramailah komunis yang menjadi ahli Parti Koumintang. Namun, apabila munculnya Mao Tze Dong, pengikut ideologi Komunis unggul aliran Stalin (Stalin lebih praktikal dan kejam daripada pendapat Marx dan Lenin ketua revolusi KomunisRussia), Mao inginkan kekuatan partinya sendiri, maka beliau telah melancarkan peperangan kepada puak Koumintang(kebangsaan) sehingga Chiang Kai Shek (pengganti Yat Sen) berundur ke Taiwan (menjadi negara baru).

Masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Masyarakat Cina di tanah Melayu datang ke Tanah Melayu dengan pembawaan kerajaan British yang memerintah China (Boneka). Walaupun ada yang telah lama datang unuk berdagang sejak zaman Portugis dan Belanda. Mereka datang secara kelompok yang besar dan terdiri daripada golongan proletar yang bijak bekerja, rajin dan berkemahiran tinggi. Lantaran itulah keturunan mereka sehingga kini rajin dan pandai. Mereka diminta memakmurkan Tanah Melayu melalui aktiviti ekonomi melalui sistem pecah dan perintah. Jurang besar antara Melayu India dan Cina di sini memanglah membawa persengketaan kecil tetapi tidak terlalu serius. Mereka aman dan damai.
            Persengkataan mula kronik apabila kehadiran Jepun di Tanah Melayu pada sekitar Februari 1942. Adakah tidak adanya Jepun sebelum itu? Masyarakat Jepun telah lama bertapak di Tanah Melayu dengan menjalankan ekonomi sebagai tukang gambar, tukang basikal dan tidak kurang juga menyamar sebagai masyarakat China (tonton Filem Leftenan Adnan untuk mendapat gambaran jelas). Ada yang ikhlas berkerja di Malaysia tetapi ada yang menjadi perisik Jepun di Tanah Melayu. Mereka akhirnya menjadi Pegawai tentera Jepun di Tanah Melayu apabila sistem kerahan tenaga Di Jepun dilaksanakan mengenangkan bakat dan pengalaman mereka di Tanah Melayu.
           
Hubungan China dan Jepun.

            Selepas mengadakan pemulihan Meiji, Jepun yang asalnya orthodoks dan menutup dasar luar telah membina empayar kekuatan dengan bantuan British, Amerika dan Itali. Tetapi selalunya orang baru kuat inin akan ingin mencuba kekuatannya. Maka dibatalkan perjanjian ekonomi denganBritain dan Amerika selain cuba menjajah tanah empayar British di China. Jepun menang apabila berlawan dengan Rusia yang besar daripadanya. Jepun berjaya menjajah Korea, memusnahkan sosial Korea dengan menjepunkan Korean, berjaya melanggar China pada 1937. Jepun apabila menjajah, akan cuba menjepunkan masyarakat lain. Ini terbukti apabila pegawai tentera Jepun selalunya terdiri daripada orang Taiwan (bengis dan anti Islam) dan Korea yang kejam dan suka merogol orang lain (Lihat Filem Paloh untuk mendapat view hidup). Kerana itulah rakyat Malaysia yang belajar di Jepun semasa perang tidak percaya apabila diceritakan kekejaman Jepun, kerana rakyat jepun terkenal denga sikap sopan santunnya. Mereka berani dan kejam kerana ditekan oleh Maharaja. Terlalu takut dan hormatkan Maharaja mereka. Masyarakat Taiwan dan Korea turut menjadi kejam dan jahat akibat penindasan kaum mereka. Mereka terpisah bertahun-tahun dengan sanak saudara dan isteri. Rogol menjadi solusi bagi mereka.
            Jepun berdendam dengan orang Cina kerana mereka menentang Jepun dari luar kerana dasar sanguinis-soli Yat Sen yang telah diterangkan tadi. Mereka menindas bangsa China begitu teruk kerana bangsa cina terkenal dengan sikap chauvinis mereka serta berbangga dengan tamadun mereka yang tinggi serta berjaya mempengaruhi tamadun Jepun dan Korea. Jepun pernah menganggap China sebagai 'Guru" mereka yang mengajar erti beragama, tulisan, ilmu, sains dan kehidupan, selain seni mempertahan diri. Jepun bencikan Cina juga akibat sukarnya untuk mereka menjajah Cina kerana permukaan buminya yang sukar telah mengorbankan beribu-ribu tenteranya.
            Apabila Jepun menjajah Tanah Melayu, perkara pokok yang dilakukan ialah membasmi sokongan rakyat Cina kepada negara asal mereka. Mereka dibunuh beramai-ramai. Terlalu ramai dan kejam. Dalam masa 2 hari Jepun membunuh 12000 Cina di Singapura. Tidak termasuk pembunuhan beribu-ribu Cina di Pulau Pinang dalam masa beberapa jam sahaja mendarat di sana. Tatoo pengenalan anggota Koumintang di Tanah Melayu pada badan Chinese di kenalpasti dan mereka diseksa sebelum dibunuh dengan dikuliti kepala mereka, dipaksa meminum air sabun sebelum dipijak beramai-ramai sehingga pecah telinga dan mata Cina tersebut.
            Sebelum itu, selepas lawatan Dr Sun Yat Sen di Tanah Melayu, Parti Koumintang berjaya membina cawangan di Tanah Melayu selain ideologi Komunis yang baru bertapak. Koumintang dan Komunis dilatih oleh Spencer Chapman (pegawai British Singapura) untuk menjadi gerilla di dalam hutan sepanjang pendudukan Jepun, selain menjadi sumber maklumat kepada British. Mereka di latih selama 2 minggu di 101 Special Training Schoolmenggunakan senjata biasa British (sebenarnya dalam perang dunia Kedua British tidak bangunkan senjata barunya kerana terkejut dengan pengistiharaan perang oleh Jepun. Selain itu mereka lebih menumpukan kekuatan di Eropah untuk menentang kemaraan Jerman)
            Cina yang terkenal dengan kepuakannya mula berbunuhan sesama sendiri iaitu Komunis berperang dengan Koumintang selain bersama menentang Jepun sedikit sebanyak. Lihatlah dimana persengketaan lama di Tanah Besar China tidak dilupakan sebaliknya diambil kesempatan senjata Brtish untuk berperang sesama mereka. Tentera MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Komunis berbintang 3 sebaliknya MPAJA Koumintang berbintang 1.

Melayu dan Cina tersepit

            Apabila Jepun mengambil alih kesemua pejabat pemerintah Tanah Melayu, selain bendera Britain dibuang, segala perkataan English diganti dengan perkataan Jepun dan perkataan Melayu Indonesia ala Belanda. Orang melayu yang dulunya bekerja dengan gomen(kerajaan) mula masuk kerja. Polis pada zaman British menjadi Kempetai iaitu polis tentera Jepun. Kempetai diarah untuk membunuh masyarakat Cina selain menangkap gadis cina yang mirip jepun untuk dijadikan sajian pegawai tinggi mereka. Melayu menjadi mangsa kebencian Komunis dan Koumintang. Dalam diam mereka melancarkan sabotaj dan pembunuhan kepada kaum melayu ( Tonton Filem Embun dan Paloh).
Cina di Singapura (orang awam) yang tidak terlibat dengan gerila (masyarakat borjois) tersepit dengan sikap Jepun. Oleh itu Pegawai Jepun terkenal dengan kebaikannya iaitu Sinozaki telah mencadangkan penubuhan kesatuan Cina yang pro Jepun untuk menyelamatkan rakyat cina. Komunis melihat pertubuhan ini sebagai ancaman kepada mereka. Lalu mereka membunuh orang cina yang menjadi pertubuhan baru ini. Lihatlah bagaimana deritanya orang cina awam zaman ini. Dapatkah kita melihat penderitaan nenek moyang chinese yang ada disekitar kita kini? Hanya sejarah yang akan membuka hati kita. Komunis bukan anti melayu. Tetapi sanggup membunuih bangsanya sendiri demi anti Jepunnya. Sebenarnya Komunis adalah anti empirelisme (Jepun dan British) tetapi apabila mereka mendapat kuasa di China pada 1949 mereka lebih zalim terhadap bangsa jajahan mereka. Terserlah kini ideologi manusia memang zalim. Kerana itulah Alah menyatakan dalam surah Al Maidah akan kezaliman kita apabila kita tidak melaksanakan hukum Allah.
Melayu pula bukanlah ikhlas sangat bekerja dengan Jepun, terpaksa bermusuhan dengan etnik lain di negara ni. Inilah bahananya penjajah! (memang menjadi doktrin British sebelum itu, orang melayu hanya layak makan gaji bukannya berdikari)
Jepun meninggalkan Tanah Melayu dengan 1001 persengkataan. Bintang Tiga dan Bintang satu (Koumintang) mula membunuh orang selama 14 hari. Tetapi kekejaman Koumintang tidak disebut oleh persejarahanMalaysia kini kerana Koumintang akhirnya menjadi pengasas kepada MCA ! Sedangkan Tan Cheng Lok (Tokoh Koumintang) pada awalnya pernah menyokong gagasan Malayan Union (amat dibenci oleh orang Melayu termasuk parti haluan kiri) oleh British. Lihatlah keadilan alam ini!
Dari sini kita boleh melihat kehadiran penjajah dengan hasrat mereka telah memecah belahkan rasial di negara ini dan barah ni dicetus semula pada pilihanraya 1969 (13 Mei). Etnik yang asalnya baik dan bersopan santun sesama sendiri, akhirnya menyimpan dendam yang panjang dan terasa perbezaan rasial ini sehingga kini. Adakah kita berbangga dengan keadaan sosio politik ini?

Politik China Era Mao Tze Dong.

            Pada 1949 Komunis menang besar di China. Mao yang terkenal dengan kediktatoran proletariatnya menjadikan ras buruh dan petani sebagai aspek utama China. Pelaksanaan ideologi komunisnya lebih komunis daripada Rusia. Pakaian dan makanan setiap jantina adalah sama. Semua rakyat adalah tentera revolusi. Dasar internasionalisme proletar nya telah menawarkan bantuan, 'suaka politik' dan bantuan kewangan serta senjata kepada mana-mana tentera revolusi seluruh dunia (bantuan ini telah diberi kepada tentera Parti komunis Malaya seperti Shamsiah Fakeh dan suaminya bertahun-tahun).
            Mao memang kejam. Memaksa sesiapa sahaja yang menjadi jajahanChina untuk sujud kepada potretnya selama beberapa jam. Kekejaman komunis adalah kekejaman yang melebihi kekejaman Yahudi dan sesiapa sahaja yang paling kejam di dunia kini. Ini fakta!
            Cara Komrad (tentera revolusi Komunis) memberi tabik hormat adalah dengan mengenggam tangan selain mengangkat keatas (lihat Filem Paloh) sama seperti slogan merdeka yang dilakukan oleh API (angkatan Pemuda Insaf, sayap pemuda PKMM). Tidak hairanlah PKMM dicp sebagai komunis dan di ISA kan. Ini kerana influensi komunis kedalam buruh-buruh Tanah Melayu yang merupakan sasaran pembelaan PKMM yang agak sosialis. Ini titik pertemuan mereka.
            Mao inginkan Komunis menjadi cara penyelesaian masalah manusia (ini kerana ideologi ini muncul lantaran kegagalan kapitalis menyelesaikan masalah golongan bawahan). Tetapi beliau terlupa Marx menggagaskan penyelesaian secara komunis selepas kemuncak revolusi perindustrian disesebuah negara. China yang tidak membangun, menjadi sasaran penjajah Manchu, Jerman, Rusia dan British yang kemudiannya menjadi mangsa peperangan saudara semestinya mundur ekonominya. Bagaimana mungkin kekayaan yang sedikit dapat dikongsi oleh seluruh rakyatnya. Kerana itulah gaji pensyarah universiti di China sama banyaknya dengan gaji tukang sapu sampah. Inikah keadilan.
             Mao menubuhkan tentera Merah untuk merekrutkan generasi baru komunis yang tegas dengan ideologinya. Ini dilaksanakan dengan adanyaRevolusi Kebudayaannya sekitar tahun 60an. Hasilnya banyak universiti dan sekolah ditutup kerana ianya menjadi sumber kekuatan ras borjois(intelektual) di China. Biarlah masyarakat bodoh, asalkan kuat ideologinya dan taat kepada Komunis. Hasilnya China makin huru-hara. Lantaran itulah masyarakat Cina di negara lain terutama di HongkongTaiwan dan Malaysiaperlu menghargai suasana aman mereka berbanding dengan saudara mereka di China. Namun kini runtuh sudah pakatan Komunis (Comintern) dan Warsaw Pact (1991) selain keruntuhan Soviet UnionChina semakin membuka ruang ekonomi bebas walaupun unsur kamunis masih bertapak.

Posted at 12:10 pm by Pendita Bitara

No comments:

Post a Comment