Wednesday, June 18, 2014

Aliran Mistik Pernah Diasaskan Oleh Falsafah Yunani

Sunday, April 30, 2006
falsafah aliran mistik

Saya amat meminati ilmu falsafah. Falsafah menyebabkan kita lebih lateral, kadangkala kritis dan menyebabkan kita tidak bersifat 'binary minded'. Jadi saya banyak menggalakkan sahabat-sahabat saya menulis seberapa banyak artikel tentang falsafah. Ini adalah sebahagiannya.

Aliran Mistik
Pernah Diasaskan Oleh Falsafah Yunani

Oleh : TG Abd Ghaffar
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Falsafah dalam pengertian yang mudah bermaksud suka akan pengetahuan dan kebenaran. Orang Yunani bukan sahaja cinta akan ilmu pengetahuan bahkan mereka sentiasa sahaja berusaha dalam mencari kebenaran terhadap sesuatu perkara dan hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Namun bukan semua kebenaran itu dapat diungkap dan diperjelaskan dengan menggunakan akal fikiran. Hal-hal yang berkaitan kewujudan alam, berlakunya kematian, kehadiran roh dan hal-hal yang berkaitan dengan ketuhanan tidak dapat dihuraikan dengan logic akal. Hal ini terus mendorong ahli falsafah mencari jawapan dan rahsia disebalik segala persoalan yang tidak terjawab oleh akal-akal manusia ini. Hanya yang mampu mereka lakukan adalah menyoal dari manakah asal kehidupan manusia dan kemanakah hala tuju kehidupan mereka selepas berada di dunia zahiriah ini. Pertanyaan ini telah menimbulkan banyak polemic dan pandangan dikalangan ahli falsafah Yunani itu sendiri.

            Usaha untuk mencari kebenaran terhadapa persoalan ini telah melahirkan berbagai-bagai aliran mistik dalam dunia falsafah Yunani. Salah satu aliran yang masyur dikalangan orang Yunani ialah menyatakan mereka ini berasal daripada Tuhan. Kononnya mereka telah dicampakkan ke dunia disebabkan dosa yang telah dilakukan. Kehidupan mereka didunia ini dianggap sebagai satu hukuman kepada mereka untuk membersihkan kembali jiwa, hati dan akal mereka. Setelah kesemua aspek tersebut telah disucikan maka barulah mereka boleh kembali kepada asal dan dapat merasa kewujudan Tuhan.

            Para pengikut aliran ini menganggap mereka adalah Tuhan yang terbuang. Hanya cinta yang dapat menyatukan mereka semula dengan Tuhan. Tanpa cinta manusia akan hidup dalam persengketaan dan perbalahan. Cinta yang dapat menyelesaikan konflik yang tercetus ini. Tanpa cinta juga manusia akan hidup dalam kesusahan dan penderitaan. Salah seorang pendukung kuat kepada falsafah mistik ini ialah Empedocles yang menyatakan manusia berasal daripada Tuhan dan akan kembali menjadi Tuhan. Sebagai buktinya, manusia mewarisi sifat-sifat Tuhan seperti mengasihi, menyayangi dan mencintai. Falsafah ini menyatakan bahawa cinta mereka salah satu sifat Tuhan yang penting. Dengan cintalah akan terbukanya pintu langit untuk memberi jalan pulang kepada manusia cinta juga menyatukan diantara laki-laki dan perempuan untuk hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Tetapi kenapakah kehidupan manusia zaman berzaman sentiasa sahaja berlaku persengketaan dan penindasan. Semua ini berlaku kerana manusia semakin jauh daripada Tuhan.

            Oleh sebab itulah manusia harus memimpin rohnya kearah kebaikan. yang demikian dapat dilakukan dengan melakukan penyucian keatas rohani dan hati. Rohani juga seperti jasmani yang tidak dapat dinafikannya daripada sakit, justeru itu rohani juga harus diubati apabila ianya dihinggapi dengan penyakit-penyakit yang menjauhkan dirinya daripada Tuhan dengan membuang segala kehendak dan menjalani kehidupan dengan penuh kesederhanaan(wasatiah).

            Antara factor inilah yang telah menyebabkan Empedocles menolak tawaran untuk menjadi raja. Beliau meninggalkan kehidupan yang mewahnya untuk mencari dirinya yang hilang. Empedcles mengembara dari satu tempat ke satu tempat dengan menyayikan lagu-lagu keagamaan dan kesucian. Bagi beliau, manusia ini mempunyai banyak dosa dan harus mengorbankan kepentingan dirinya dalam usaha membersihkan kembali diri mereka daripada kekotoran dosa yang dilakukan.

            Seorang lagi yang ahli falsafah Yunani yang membawa ajaran mistik dalam aliran pemikrannya ialah Pythagoras. Pythagoras telah menggunakan kaedah pendidikan rohani untuk membersih dan  menyucikan roh. Pythagoras mempunyai ramai anak murid dan mereka membentuk satu kumpulan yang hampir menyerupai satu tarekat yang mana mereka ini hidup terasing dari masyarakat. Mereka hidup dengan melakukan amal ibadat. Amalan ini dilakukan kerana mereka mempercayai setelah datang kematian, roh mereka akan berpindah kepada jasad haiwan. Pandangan ini berbeza dengan Empedocles yang menganggap roh manusia akan kembali kepada Tuhan. Dalam hal ini, Pythagoras tidak menafikan bahawa manusia ini datangnya daripada Tuhan tetapi roh manusia tidak akan kembali kepada Tuhan selagi mana manusia tidak dapat membersihkan segala dosa-dosanya. Selagi manusia berdosa, selagi itu manusia kekal di dunia.

            Untuk menghapuskan dosa itu, manusia perlu hidup secara murni dengan tidak memakan daging dan kacang. Hal ini kerana pada tanggapan beliau makanan tersebut boleh membawa mereka kepada sifat kebinatangan dalam diri. Manusia harus mendapatkan kembali sifat ketuhanan. Salah satu caranya ialah dengan hanya memakan sayuran dan buah-buahan. Penyucian secara jasmani sahaja tidak mencukupi dan ianya perlu selaras dengan penyucian darisegi rohani juga. Rohani dapat dibersihkan melalui amalan zikir dan melakukan muhasabah. Muhasabah ini perlu dilakukan setiap hari dengan memeriksa hati dengan bertanyakan pelbagai soalan. Kalau ternyata ada dosa dan kesalahan yang dilakukan, maka ia harus menyesali dan menginsafinya dengan sepenuh hatinya. Dengan itu hati akan menjadi tenang dan tenteram. Menurut Pythagoras, dunia ini merupakan satu jalan kepada dunia yang lain. Manusia harus membuat persediaan untuk menuju ke dunia tersebut yang menjadi destinasi terakhir dalam penghidupan. Pembersihan rohani dan jasmani tidak dapat dilakukan secara serentak teapi ianya haruslah dilakukan beransur-ansur secara berterusan. Kesucian roh mempunyai banyak tingkatan. Roh akan meningkat dari satu tahap kepada tahap  yang lain bergantung  kepada amalan penyucian yang dilakukan. Untuk mencapai kepada tahap kemurnian, seseorang perlu menempuh perjalanan yang penuh mistik dengan hidup sebagai seorang sufi. Dia tidak boleh berfikir tentang kebendaan dan perlu membuang kebendaan dalam dirinya.

            Aliran mistik dalam falsafah Yunani ini mempunyai banyak persamaan dengan bebrapa ajaran agama di dunia sekarang. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek daripada ajaran itu juga diamalkan didalam Islam. Dalam Islam kita diingatkan dari Tuhan kita  datang dan kepada Tuhan kita akan dikembalikan. Kenyataan ini menggambarkan bahawa hidup didunia ini hanya bersifat tidak kekal dan sementara. Jadi, umat Islam perlu mendidik hati nurani mereka dengan sifat-sifat mahmudah untuk melahirkan insan yang kamil dan berpekerti mulia. selamat membaca.


Posted at 09:06 pm by Pendita Bitara

Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta

Saturday, April 29, 2006
Isu Penghinaan Nabi...perlu tahu fakta

ISU PENGHINAAN TERHADAP NABI.
Muhammad Nuruddin Bashah
Kejuruteraan Bahan Universiti Malaya
            Isu berkenaan penghinaan Nabi SAW adalah rentetan daripada domino penghinaan terhadap Islam dan umatnya sejak kejatuhan perang salib yang ketiga. Perencanaan yang rapi ini kemudiannya dihiasi dengan penghinaan tonggak utama agama kita iaitu Rasulullah SAW. Pelbagai reaksi yang membawa makna yang pelbagai serta terlalu banyak perbahasan yang jelas menunjukkan semangat dan identiti masing-masing. Dalam membicarakan isu ini, tidak ketinggalan juga penulis ingin menyumbang sesuatu kepada kerancakkan perbahasan ini sebagai suatu sumbangan dielektik yang membina. Disebabkan kekangan tesis dan subjek-subjek tahun akhir menyebabkan penulis menangguhkan penulisan dan penyusunan hujah dalam membicarakan isu ini. Beberapa peristiwa lama dalam dan luar negeri perlu kita dilihat semula bagi memahami asal usul penghinaan Nabi besar kita SAW.
Keperluan memuliakan Rasul.
Firman Allah,
Katakanlah (wahai orang-orag beriman) Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishaq dan Nabi Yaakub dan anak-anak dan juga kepada apa yng diberikan kepada Nabi Musa dan  Nabi Isa dan apa yang diberikan kepada Nabi-Nabi dari tuhan mereka kami tidak membeza-beza antara seseorang dari mereka (sebagaiman sikap Bani Israil) dan kami semua adalah Islam kepada Allah semata-mata.
(Al Baqarah : 136)
 Disini jelas kita melihat bahawa  penghormatan dan perhatian yang perlum anusia berikan kepada semua utusannya tanpa pilih kasih dan taksub melampau. Adapun ayat ini bersifat kulliy dimana sikap umum kita terhadap Nabi-Nabi, walaupun sebagai umat Muhammad, kita perlu memuliakan  Rasul kita sendiri lebih dareipada Rasul-Rasul yang lain. Hal ini dijelaskan pula dalam ayat Al Baqarah 253 (sila rujuk).
Pendapat Ulama' Aqidah.
Jumhur ulama' Ahli Sunnah Wal Jamaah serta Syiah Zaidiyyah menyatakan haram serta kufur bagi mana-mana manusia yang menghina Rasulullah baik dalam bentuk percakapan, perbuatan kita serta kita mengintepretasi sunnah, sirah serta latar belakangnya secara wewenang dan bernada penghinaan. Ulama' ahli sunnah aliran kalam seperti Sheikh Ibrahim Al Laqani, Imam Sanusi dan beberapa ulama' lain berittifaq kufur bagi mana-mana individu yang menghina bukan sahaja Rasulullah, sebaliknya juga sahabat-sahabat yang besar (10 sahabat yag dijamin syurga).
Kes-kes penghinaan di zaman Nabi.
Penghinaan terhadap nabi juga berlaku sejak zamannya lagi dan beberapa balasan yang setimpal telah dikenakan pada mereka:
1)       Kes yang terulung ialah penghinaan Abu jahal terhadap Rasulullah dimana antara kemuncaknya ialah,  diletakkan perut unta busuk di belakangnya semasa sujud di Kaabah. Rasulullah berasa amat sedih dan terhina sehinggakan Fatimah Az Zahra  yang melihat kejadian itu turut berasa pilu dan terhina. Allah memujuk baginda dengan surah Al Insyirah. Dalam ayat-ayatnya Allah menjelaskan bahawa nama Muhammad akan disebut-sebutkan hingga ke akhir zaman, sehingga ditagihkan syafaat Uzmanya  oleh para Nabi-Nabi lain  dan para malaikat. Allah menghina kembali Abu Jahal apabila Abu Jahal dibunuh dalam peperangan Badar oleh seorang hamba  abdi secara sekali tetak sahaja.
2)       Kes lain, seorang sahabat Nabi yang buta datang mengadap Nabi semasa Nabi SAW sedang mengajar ilmu di masjid. Beliau mengadu bahawa beliau baru sahaja membunuh isterinya. Alasannya ialah isterinya sering menghina Nabi dirumahnya sehingga dia berasa hilang sabar. Rasulullah berkata, darah tersebut halal baginya.
3)       Semasa Rasulullah menghantar perutusan dakwah kepada raja Kisra Parsi, beliau amat marah dan mengatakan bahawa beliau ingin membunuh Rasulullah di Madinah. Beliau telah menghantar 2 utusan untuk membunuh. Apabila Rasulullah berjumpa 2 utusan tersebut, baginda berkata bahawa Kisra kamu sedang dibunh oleh anaknya sendiri. Berita itu benar apoabila anak Kisra tersebut yang membunuh bapanya sendiri kerana tidak tahan dengan kebiadaban dan kerakusannya.
4)       Musailamah adalah berketurunan Bani Hanifa. Beliau telah mengaku bahawa beliau juga adalah Nabi sekutu kepada Muhammad di Madinah. Beliau telah menghantar surat perutusan dan mengatakan beliau pesuruh Allah. Rasulullah berasa amat marah dan jika bukan kerana larangan membunuh utusan orang, Baginda ingin membunuh utusan-utusan Muisailamah itu. Akhirnya baginda menggelar beliau sebagai Muisailamah Al Kazzab. Musailamah di perangi akhirnya oleh Saidina Abu Bakar.
5)       Abu Amir Ar Rahibi adalah Rahib Nasrani di Madinah. Beliau amat terkenal sebelum Rasulullah datang berhijrah. Apabila Rasulullah datang, beliau berasa amat tercabar. Suatu hari tanpa beradab beliau telah berhujah dengan Nabi di depan khayalak ramai serta menafikan kerasulan Nabi SAW. Beliau mencabar untuk menentukan siapa yang benar dengan bertaruh bahawa yang salah akan mati berdagang (terpencil). Abu Amir yang kemudiannya bersekongkol dengan orang-orang Sham untuk menyerang Madinah, menghasut munafiqun untuk membina masjid Dhirar, dan akhirnya beliau sendiri mati di Sham jauh dari tempat asalnya.
6)         Kaab bin Asyraf adalah pemuka Yahudi Madinah bani Nadhir. Beliau telah mengejek-ejek kemenangan tentera Islam (negaranya sendiri) terhadap musuh negaranya. Beliau telah menghasut-hasut orang Quraisy, menjadi batu api dan lebih daripada itu beliau membuat banyak pusi-puisi berahi asmara menggunakan watak-watak isteri Nabi. Beliau mengaku di depan pemuka Quraisy bahawa agama mereka (menyembah berhala) adalah agama yang lebih baik dan mendapat pentunjuk. Sedangkan agama Islam lebih hampir dengan ibadah agama Yahudi. Rasulullah cukup marah sehingga meminta  beberapa sahabat membunuh Kaab sebagai pengajaran kepada Yahudi yang biadab.
7)       Bani Qainuqa' juga mengejek-ngejek kemenangan Islam dalam peperangan Badar di pasar Qainuqa'. Mereka juga bertindak menarik baju seorang peniaga muslimah sehingga terselek kainnya. Penghinaan kepada muslimah itu bertujuan menghina Nabi selaku penaung para muslimah. Nabi dan para sahabat telah bertindak mengepung mereka walaupun baginda dihalangi oleh para munafiqun Madinah. Munafiq-munafiq ini juga sekali lagi menahan baginda bertindak kepada Yahudi Bani Nadhir.
8)       Al A's Bin Al Wail telah mengejek-ngejek nabi mengatakan baginda adalah 'Al Abtar' iaitu terputus zuriatnya. Tuduhan ini diulang-ulang kerana kematian anak lelaki baginda yang bernama Abdullah. Allah menurunkan surah Al Kauthar dan mengatakan bahawa mereka yang memusuhi Nabi lah yang bergelar 'al Abtar' iaitu golongan yang terputus daripada rahmat Allah dan syafaat Rasulnya.
Sekitar perbahasan ISU karikatur.
            Beberapa ketika ini penulis meneliti banyak hujah awam berkenaan isu karikatur. Ada yang tidak mnegenali sirah Rasul turut amarah menentang si penghina, ada yang membela para penghina, ada yang terkulat-kulat ingin berkata-kata tetapi kata-kata tersekat di tenggorok, ada yang seolah-olah ingin menjadi golongan moderate tetapi tertipu dan sebenarnya telah memakai pakaian munafiq berhiaskan nama baru iaitu Islam Liberal dan sebagainya.Dan yang pastinya begitu ramai yang bangun menentang si penghina termasuk di Negara kita ini.
            Terlalu ramai penulis luar negara yang ingin menulis tentang keganasan Islam, penyelewengan Muhammad, akhirnya menemui kegagalan untuk mencari dan mendapatkan potret baginda. Mana mungkin tokoh No. 1 dunia (Micheal J. Heart) tiada potret untuk dipuja oleh penyokongnya sebagaimana penyembahan potret Mao Tze Dong di China era Komunis dahulu. Mereka cukup hairan !!!
            Sebenarnya langkah berhati-hati para ulama' silam dalam mengawal salah tafsir berkenaan sunnah dan jasad Nabi menyebabkan tiada langsung gambar-gambar Nabi dan sahabat yang dijamin syurga  dilukis orang hatta oleh tokoh Falsafah Islam sendiri melarang perlakuan melukis potret Nabi.
            Ada yang berhujah bahawa isu kemarahan umat Islam bukannya disebabkan melukis gambar Nabi, tetapi kerana imej yang berkonotasi negatif  dan berunsur penghinaan yang dilukiskan. Golongan ini kononnya mendokong kebebasan berseni dan berkarya serta membawa focus kita kepada isu penghinaan dan bukannya isu melukis potret Nabi. Benarkah kita membantah hanya kerana hina dan bukannya kerana perbuatan menggambar itu sendiri?
Ada yang berhujah bahawa tiada suatu dalil Qati'e dari Al Quran ataupun Hadis yang menerangkan larangan melukis gambar Nabi. Golongan ini berlagak seolah mereka ini ulama' Hadis dan Ulama'; tafsir yang besar. Seolah-olah kesemua dalil dan Fiqh An Nusus berada di hujung jari mereka.
            Bilakah adanya larangan melukis gambar Rasulullah SAW?. Sebenarnya perbuatan melukis gambar para Anbiya' lain juga adalah salah. Dan secara umumnya hukum melukis dan menggambar objek hidup juga amat panas perbahasannya dikalangan ulama', inikan pula ingin melukis gambar Nabi. Rasul-Rasul diutus bukan untuk dipuja jasadnya. Rasul-rasul meninggalkan athar (bekas) dengan melekatkan perilaku dan sIstem hidup dalam setiap manusia. Imam Al Ghazali berkata setiap penciptaan Allah, ada disertakan dengan 2 penciptaan iaitu pertamanya diciptakan objek tersebut daripada Qudrah Allah, dan keduanya disertakan undang-undang (manhaj) bagi objek itu. Dan kini jelas apabila semua saintis bersetuju bahawa tiada benda didunia ini yang tiada peraturan dan sistemnya.
Jadi sistem hidup kita dibentuk oleh Rasulullah dengan menidakkan penghormatan kepada baginda secara zahir, sebaliknya secara amali dan spiritual. Hal ini lah yang difahami oleh para jumhur ulama' dan mereka mengharamkan perbuatan melukis gambar para Nabi. Akibat tiadanya syariat mengharam perbuatan mebuat patung dan lukisan zaman silam, menyebabkan setiap kali zaman fatrah (senggang masa yang lama antara Nabi-Nabi), manusia mula membuat patung dan gambar Nabi atau wali-wali mereka untuk disembah. Inilah asal usul berhala. Justeru tindakan ulama', diatas prinsip Sadd Az Zarai' (pencegahan) adalah tepat dengan kehendak syarak. Dan inilah tindakan yang dikatakan sebagai 'fiqh' iaitu faham kepada kehendak(maqasid) syariah itu sendiri walaupun jika tiada dalam dalil Qati'e. Lantaran itu, Sheikh At Tantawi daripada Al Azhar telah mengeluarkan fatwa haram bagi menggambarkan wajah dan jasad para Nabi pada tahun 2002.
            Pada penulis penelitian masyarakat perlu tajam bagi bertindak membela Rasulullah. Mungkin saranan Ustaz Pahrol (pendakwah terkenal) agar cinta dahulu baru marah adalah tepat. Perumpamaan orang yang marah terhadap isu ini tetapi tidak mengenal Rasul ialah seperti orang tua-tua kita, yang tidak mahu barang lamanya dibuang walaupun mereka sendiri tidak memakai barang tersebut.
            Insya Allah beberapa siri tulisan berkenaan penghinaan Nabi akan disediakan. Mohon dipermudahkan untuk terus menulis.
Rujukan :
1)       Diplomasi Rasulullah SAW, Azaman Muhammad,1992, PUSTAKA SALAM.
2)       Penghinaan terhadap Rasulullah SAW, Ustaz Riduan  Mohammad Nor, Ustaz Mohammad Asri Mat Daud, 2006, MHI Publication.
3)       Fiqh As Sirah, Muhammad Said Ramadhan Al Buti, 2000, DEWAN PUSTAKA FAJAR.
4)       Dewan Agama Dan Falsafah, April 2006, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.
5)       Tafsir Al Munir, Prof. Wahbah Az Zuhaili, 2001, Persatuan Ulama' Malaysia.,
6)     Internet
 


p/s : Cintailah Rasul kita dan bacalah sirah Rasulullah sebagai sumber aspirasi kehidupan kita ini (pesan pegawai HEP UM kepada warga mahasiswa UM)




Posted at 02:45 pm by Pendita Bitara

Kilat....takut ada tanda...

Friday, April 28, 2006
Kilat....takut ada tanda...

2 hari yang lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mati akibat dipanah petir, serta dipercayai ketika menggunakan telefon bimbit sewaktu menunggang motosikal pulang ke rumahnya di Felda LBJ Seremban, dekat sini petang semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu, Mohd Faisen Baharin, dikatakan terjatuh dari motosikal sebaik terkena panahan petir sebelum dibawa orang ramai ke Hospital Pakar Seremban (SSH). Telefon bimbit dikatakan terselit di celah topi keledarnya, ketika kejadian. Mohd Faisen terus dipindahkan ke Hospital Seremban (HS), tetapi disahkan meninggal sebaik tiba.

Manakala dalam kejadian yang lain, berita semasa melaporkan peristiwa  Rezman Bujang, 32, dan dua pekerjanya dipanah petir ketika berteduh di wakaf Padang Timur berhampiran Dataran MPPJ, Petaling Jaya pada jam 3.15 petang dan selang 15 minit selepas itu, banglo Yahya di Damansara Heights di sini dilaporkan terbakar, dipercayai akibat litar pintas selepas disambar petir. Rezman dari Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua pekerja warga Indonesia, Ading, 32, dan Lukman, 27, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Ading dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana melecur di badan manakala Lukman mendapat rawatan di wad biasa. Semua mangsa yang dalam perjalanan dari Petaling Jaya ke Sungai Buloh dengan menunggang dua motosikal, dikatakan berhenti berteduh di wakaf itu sejurus hujan lebat.

 Sementara itu, dalam kejadian di Damansara Heights, isteri Yahya, Datuk Zakiah Laidin, anak lelaki, menantu, empat cucu serta empat pembantu mereka yang berada dalam banglo tiga tingkat itu, sempat menyelamatkan diri. Panahan petir sejurus sebelum hujan lebat itu, dipercayai menyebabkan berlaku litar pintas yang menjadi punca kebakaran di sebuah bilik tidur sebelum merebak dan memusnahkan tingkat tiga banglo itu.
 
Daripada kejadian-kejadian ini apakah petanda dan apakah perasaan kita kini? Dahulu pernah kita digemparkan dengan kejadian wanita mengandung yang mati di dalam supermarket di Singapura akibat disambar petir. Kini peristiwa ini berlaku pada saudara,sebangsa dan seagama dengan kita sendiri.

Mari merenung.... 

Semasa peristiwa tersebut berlaku saya bersama adik kesayangan saya Shakir berada di Perpustakaan Utama Universiti Malaya, sibuk merancang untuk menaip dan mengisi bahan ke dalam blog-blog kami. Petir yang amat dahsyat itu menggegar sehingga terasa ke dalam perpustakaan yang mana keadaan kondusif perpustakaan amat diakui sehinggakan kita tidak akan menyedari cuaca hujan di luar. Apabila kami keluar dan meneliti persekitaran, banyak dahan dan pokok-pokok besar di sekitar UM tumbang sehingga merobohkan sebahagian pagar (Padang Varsiti). Kami terus bertanyakan beberapa individu lain yang berada di kolej kediaman serta berada di sekitar fakulti dan mereka menyatakan bahawa kilat dan guruh yang berlaku pada hari itu amat luar biasa kuatnya. Beberapa tempat putus bekalan elektriknya.

Semasa kecil, saya sering dipesan oleh Ibu agar lari dan masuk ke rumah sekiranya ada guruh dan petir kerana dikatakan panahan daripada malaikat terhadap syaitan dan Iblis. Saya amat takut akan petir dan guruh dahulu dan terbawa-bawa sehingga sekarang. Pernah sekali flat tingkat 16 saya dimasuki ribut dan hujan, saya dan rakan-rakan terus melaungkan azan. Kita melihat di dalam sirah sahabat –sahabat dimana mereka akan melarikan diri ke masjid atau melaungkan azan semasa rebut petir. Ketakutan ini bukannya tidak berasas!!

Firman Allah :

Dialah yang memeprlihatkan kepada kamu kilat, untuk menimbulkan ketakutan dan keinginan dan Dialah yang menyusun awan yang berat.

Dan bertasbihlah PETIR dengan memujiNya, dan malaikat pun lantaran takut kepadaNYa, dan Dia kirimkan halilintar (kilat) dan Dialah timpakan kepada barangsiapa yang Dia kehendaki, namun mereka masih membantah tentang Allah, padahal Dia adalah sangat pedih siksaan.
(Surah Ar Ra'ad :12-13)

Daripada ayat Al Quran ini (sila rujuk Tafsir Al Azhar, Prof. Hamka Juzu' 13), kita mendapati sikap Petir (guruh) dan Halilintar (kilat) yang bertasbih dan memuji-Nya walaupun hayat bagi kilat adalah tidak lama. Prof. Hamka menyatakan walaupun kilat terhasil akibat persentuhan cas-cas elektrik di dalam awan serta pertembungan dengan ion-ion atmosfera dan bersifat tidak kekal, kilat ini masih ada keinginan untuk bertasbih. Sikap memuji ini ditetapkan sebagai sikap ubudiyyah (kehambaan) petir dan kilat kepada pencipta-Nya.

            Said Nursi Badiuzzaman telah menyatakan dalam beberapa Risalah An-Nurnya, bahawa setiap atom dan zarah halus, bukannya bersifat gerakan rawak tak menentu. Sebaliknya setiap atom dan zarah yang tak terhitung banyaknya ini juga dibawa dan digerakkan oleh Malaikat atas perintah Allah SWT. Malaikat yang banyak ini dicipta untuk memandu serta menembungkan cas-cas udara sehingga terhasilnya petir yang dahsyat. Tetapi lebih menghairankan, para Malaikat sendiri bertindak memuji Allah atas kejadian petir hasilan Malaikat itu. Ini menerangkan kepada kita bahawa petir bukan suatu fenomena yang tiada keterikatan dengan Aqidah dan ketuhanan, sebaliknya penjelasan terperinci ini memandu kita dalam membuat perbahasan cuaca dan fenomena alam. Alangkah sedihnya terdapat beberapa pengarang tanahair  pernah menyatakan bahawa fenomena alam ini tidak ada kaitannya dengan kemurkaan Allah.

            Daripada ayat ini juga kita melihat bahawa memang tujuan petir dan kilat diciptakan untuk menakutkan manusia, walaupun fokus ayat adalah kepada golongan yang meingkari perintahNya. Jadi adalah wajar untuk kita takut kerana itu sifat seorang hamba yang hina. Tidaklah tujuan saya menulis artikel ini untuk menyatakan korban petir di Negara ini adalah akibat mereka menderhakaiNya. Sebaliknya kita bersedih kerana natijah bala ini dikenakan kepada individu yang baik sifatnya.

            Kita memahami sifat manusia sememangnya merasakan gembira apabila munculnya petir beserta awan yang hitam, terutama bagi golongan yang berada di tempat yang kurang hujan. Sifat ini adalah normal. Sifat ini seiring dengan rasa takut kita kepada kilat yang mungkin menyambar kita. Perhatikan penegasan saya tadi…..kita mendapati petir dan kilat bertasbih walaupun sifatnya tidak kekal dan hanya sementara (mungkin sekelip mata). Tetapi apakah sikapnya? Sikapnya adalah bersyukur dan mengiyakan keesaan Allah. Bukankah kilat itu hebat dan menggemparkan? Apa bandingannya dengan kita yang kerdil ini? Kilat ini adalah benda yang kelihatannya tiada asal usulnya tetapi dijadikan oleh Allah sekelip mata. Berbanding dengan kita yang berasal usul daripada ibu bapa yang nyata di depan mata. Melihat petir yang hebat, sekejap, tidak kekal tetapi memuji Allah, menginsafkan kita yang hidup lama, lemah tetapi mungkin kurang bersyukur. Hal ini mengingatkan saya kepada falsafah Pluto. Pluto berpendapat bahawa alam ini tidak kekal dan tidak bersifat azali asalnya. Pendapatnya itu adalah seiring dengan pendapat Imam Al A'syari dan Imam Al Ghazali. Tetapi saya berasa sedih apabila Ibnu Rushd seorang ulama' Fiqh di Cordova yang berpendapat bahawa alam ini tidak bersifat Hadis (baru dicipta) sebaliknya Qadim dan Azali seperti Allah SWT. Kenyataan beliau adalah

"Seandainya alam ini tidak azali ada permulaannya, maka ia bererti baru. Kalu ianya baru, maka ada yang menjadikannya dan si pencipta alam baru tadi mestilah baru. Si pencipta tadi juga ada yang menciptanya kerana juga baru. Demikianlah hal ini bertalian (bersambung-sambungan). Sesuatu yang tiada keputusan adalah tidak masuk akal. Jadi, kesimpulannya alam ini mesti azali (Qadim atau sediakala) bukannya Hadis (baru tercipta)". (sila rujuk Alam Semesta Dan Kehancurannya Menurut Al Quran Dan Ilmu Pengetahuan, 1979, Mustapha KS)

Beliau menyatakan jika Allah Qadim, alam penciptaannya juga mesti Qadim kerana nyata Dia berhubungan dengan alam ini. Beliau berhujah dengan ayat 7 Surah Hud.

"Allah itulah yang menciptakan  beberapa langit dan bumi dalam enam masa  dan A'rasy-Nya di atas air".

Beliau berpendapat bahawa, alam ini termasuk air dan gas adalah sediakala seiring dengan Allah yang Maha Esa. Pendapat ini bercanggah dengan Imam Al Ghazali, Ulama' Kalam yang lain, Al Kindi, Pluto (tokoh pemikir falsafah Yunani). Kemungkinan Ibnu Rushd terpengaruh dengan kenyataan Aristotle (murid Pluto) iaitu alam ini adalah sediakala dan kekal selama-lamanya.

Dari perbahasan ini perlulah kita menginsafi alam termasuk petir dan kilat adalah suatu makhluk yang bertasbih, berzikir serta mengingatinya selalu. Bukanlah sifat kilat untuk bertasbih sekiranya ianya adalah Qadim dan azali seperti Tuhan yang dipujinya itu.
           
         Attitude kita....

Pada saya kejadian kilat yang dahsyat di Negara ini sebagai alamat bagi warga Malaysia yang sememangnya jarang menerima ujian daripada kejadian dahsyat. Tambahan pula, jika kita meneliti, orang melayu sukar berubah dan berfikir sekiranya malapetaka atau keburukan tidak berlaku di kalangan kaumnya, bangsanya atau orang kampungnya sendiri. Ungkapan mereka, " Alah…tu di Indonesia…kita mana boleh ada gempa bumi…." Alah..banjir dan ribut ni, Kelantan Terengganu je boleh kena…Lembah Kelang ni mana kena angin Timur Laut !!"…..alangkah ego dan bongkaknya ungkapan ini……kesimpulannya, kesemua amaran ada di dalam kitab secara Maqruah (boleh dibaca) serta ada di sekitar kita secara Manzurah (penglihatan)…..

Selamat berfikir.
Muhammad Nuruddin Bashah
UM Main Library
4 pm, 28 April 2006







Posted at 05:59 pm by Pendita Bitara

AMERIKA VS IRAN SUATU KONFRANTASI KETAMADUNAN ATAU POLEMIK KEAGAMAAN

Wednesday, April 26, 2006
Amerika VS Iran

AMERIKA VS IRAN :
SUATU KONFRANTASI KETAMADUNAN ATAU POLEMIK KEAGAMAAN
Haslinda
Universiti Putra Malaysia
------------------------------------------------------------------------------
Sepertimana yang kita sedia maklum , peperangan yang tercetus antara konspirasi Amerika dengan bumi yang memiliki kisah seribu satu malam Iraq menghasilkan impak yang besar terhadap dunia Islam. Justeru itu , tidak dapat tidak kita sebagai seorang mukmin pasti akan rasa benci malah menyangkal sama sekali sebarang spekulasi negatif terhadap umat Islam pada hari ini.
Namun apakah punca yang mencetuskan peperangan antara Amerika dan Iraq serta apakah tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan terhadap Iraq? Presiden Amerika Syarikat George W. Bush dan pembantunya Dick Cheney mencetuskan 3 tuduhan terhadap Iraq dan Saddam Hussein. Tuduhan tersebut adalah:
1. Terdapatnya kilang atau gudang-gudang pembuatan senjata nuclear di Iraq
2. Propaganda bahawa Saddam Hussien mempunyai hubungan dengan Al Qaeda. Al Qaeda pula dituduh oleh Amerika merupakan kumpulan yang merancang rampasan kapal terbang dan serangan berani mati di World Trade Centre (WTC) pada 11 hb September yang lalu.
3. Saddam Hussein di tuduh mempunyai hubungan dengan kelompok kumpulan Abu Mus،¦ab Az Zarqawi.
Hatta , adakah tuduhan-tuduhan ini benar belaka? Ramai yang masih ragu-ragu mengenai dakwaan pihak Amerika Syarikat terhadap Iraq. Baru-baru ini Ketua Team Inspektor Senjata Amerika , Charles Deulfer telah merangka seribu halaman laporan mengenai kesahihan tuduhan berkenaan. Beliau menyatakan bahawa tidak ada sama sekali gudang senjata mikrob , kimia dan nuklear semenjak 13 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1991, ketika itu Iraq masih diambang peperangan dengan Kuwait.
Pada bulan Mac 2003 laporan Charles Deulfer diperakui masyarakat umum kerana unit penyelidikan Amerika Syarikat telah memantau di Iraq dan hasilnya Iraq sama sekali tidak memiliki sebarang gudang-gudang senjata pembunuh nuclear.Laporan Charles juga menyatakan bahawa hubungan antara rejim Saddam dengan Al Qaeda dan kelompok Abu Mus،¦ab Az Zarqawi adalah tuduhan palsu semata-mata.
Penghasilan laporan Charles ini menyulitkan lagi gerak kerja Amerika dalam menceroboh Iraq, hal ini jelas Bush terjebak dalam krisis kesulitan. Laporan Charles sekaligus menghancurkan perancangan rapi yang disusun oleh team konfrontatif White House untuk projek mega iaitu pencerobohan di Iraq. Selain dari itu Donald Rumsfeld dan badan intelligence Amerika mengakui bahawa sememangnya tiada sebarang alas an yang logic dan kuat dalam dakwaan hubungan antara rejim Saddam dan Al Qaeda. Agen Amerika CIA turut meragui apakah benar Saddam mempunyai perkaitan dengan kumpulan Abu Mu،¦sab Az Zarqawi.
Namun Amerika tanpa sebarang alasan yang kukuh telah menceroboh dan memporak perandakan bumi Iraq dengan tumpahan darah ribuan manusia. Amerika tetap menarik perhatian masyarakat umum dengan menyatakan bahawa mereka menjaga keamanan nasional dunia dan Amerika ingin melepaskan Iraq dari kalangan kumpulan militant yang radikal. Tetapi , kita tidak bodoh untuk mempercayai suara-suara White House dan pentagon, jika mereka membawa keamanan mengapa kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa., mengapakah sanggup lemparkan tuduhan umat Islam adalah pengganas،Kmereka menuduh tanpa sebarang bukti-bukti!
Bukan setakat itu sahaja, George W Bush dan John Kerry telah membuat satu perdebatan antara sesame mereka sendiri dan mereka masing-masing bersetuju untuk memperluaskan pengaruh demokrasi mereka di seluruh Negara didunia ini. Mereka ingin menjadi Polis Dunia.
Dalam perdebatan itu John Kerry memberi amaran kepad Bush bahawa Iran dan Korea Utara merupakan ancaman yang lebih besar dari Iraq. Dengan demikian Kerry dan Bush mempunyai pemikiran yang sama iaitu ingin melebarkan sayap kuasa veto Amerika terhadap dunia, namun perlaksanaan strategi Kerry dan Bush hanya berbeza dari segi metode-metodenya sahaja.
Kekejaman Amerika terhadap Iraq amat memeranjatkan kita apabilanya terbongkarnya tingkah laku ketidakperi kemanusiaan Amerika terhadap tawanan perang di Penjara Abu Ghraib di Iraq. Mereka menceroboh Iraq dengan alas an ingin membenteras gerakan-gerakan terorisme yang radikal disamping itu mereka pula menegakkan demokrasi. Amerika cuba mengaburi mata kita dengan mempamerkan kumpulan-kumpulan kecil yang ekstrim di Iraq namun jika dilihat secara logiknya Amerika lebih radikal dan ekstrim dalam membunuh nyawa-nyawa yang tidak berdosa.
Sekiranya Amerika meruntuhkan sesebuah negara tetapi Allah itu maha Agung،K.lihat sahaja lah nilai-nilai moral dan akhlak rakyat Amerika. Hasil daripada laporan penelitian di Amerika bahawa masyarakat Amerika mengalami keruntuhan akhlak yang teruk , mereka hilang jati diri dan tiadanya nilai-nilai moral dan spiritual sungguhpun Amerika mencapai posisi pemerintahan teratas didunia.
Sejak akhir-akhir ini Amerika melemparkan tuduhan terhadap Iran yang menyatakan Iran memiliki senjata pembunuh nuklear. Tuduhan ini sangat tidak berasas. Pertamanya , Iran adalah negara Islam dan hukum Islam secara tegasnya melarang penggunaan senjata nuklear dalam peperangan . Strategi peperangan dalam Islam sama sekali tidak membenarkan pembunuhan terhadap masyarakat awam dengan senjata nuklear kerana nuklear akan membunuh masyarakat awam termasuk bayi-bayi dan kaum wanita.
Keduanya, Iran sendiri mangsa kepada pembunuhan senjata nuklear. Salah satu peristiwanya adalah serangan senjata kimia yang dilancarkan oleh Saddam Hussein keatas Kota Sar Dasht, Iran Barat iaitu kira-kira 17 tahun dahulu.
Sepanjang perang Iraq ،V Iran , rejim Saddam telah mengebom lebih dari 400 kawasan di kawasan-kawasan masyarakat awam Iran dengan menggunakan senjata kimia yang mengakibatkan lebih dari 130 000 rakyat Iran menderita akibat luka-luka dan kesan genetik dari bahan kimia tersebut.
Bukan itu sahaja rejim Saddam telah menyerang rakyatnya sendiri pada 1988 iaitu di Kota Halabcheh, Iraq Utara yang mana penduduknya terdiri daripada etnik Kurdi. Meski pun perang Iraq ،VIran ini menunjukkan ketidakperikemanusiaan Rejim Saddam namun dalang disebalik peperangan ini adalah Amerika, Jerman , British dan Perancis. Keempat-empat buah negara ini telah membekalkan senjata nulear kepada rejim Saddam demi menghalang kemenangan Republik Islam Iran.
Maka disini kita boleh lihat Iran tidak ada kena mengena dengan gudang-gudang senjata nuclear di Iran bahkan mereka tergolong dalam salah satu negara yang aktif dalam memerangi penggunaan senjata nuclear-kimia-biologi dalam medan perang. Pada 1925 terdapat satu protocol di Jenewa yang menghalang penggunaan senjata kimia , Iran dengan segera bergabung dengan protocol ini dan melaksanakannya pada tahun 1929.
Disamping itu pada 1993 , Iran telah menandatangani satu konvensi yang melarang produksi, penyimpanan , penjualan dan penggunaan senjata kimia serta melaksanakannya pada 1997.
Disamping itu Iran juga menyarankan agar pendidikan perubatan di Taherah untuk mengambil kursus yang berkaitan cara-cara mengubati mangsa-mangsa senjata kimia kerana Iran mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Semua fakta-fakta ini jelas sekali menunjukkan bahawa Iran amat membanteras penggunaaan senjata nuklear-kimia dalam amat mencintai kedamaian Negara.
Malah hasil daripada kajian IAEA (Institut Tenaga Atom Antarabangsa) di Amerika syairkat membuat kenyataan bahawa Iran tidak membuat sebarang senjata nuklear tetapi mereka hanya membuat sebuah program perlaksanaan nuklear. Kesalahan pada Iran ialah mereka tidak melaporkan sebarang maklumat tentang program itu dan hal ini tidak menyebabkan Iran boleh disabitkan kesalahan dalam memiliki senjata nuklear. Iran juga disahkan hanya memiliki plutonium dan bukannya senjata nuklear. Sekiranya Iran hanya memiliki program perlaksanaan nuklear apatah lagi Israel sendiri memiliki senjata tersebut...Polis Dunia apakah Amerika ini? Ini semua hanya alasan dan fitnah yang ditaburkan di negara-negara Islam sebagai langkah awal mereka untuk menghapuskan negara Islam.
Salah satu dari kaedah propaganda Barat , khususnya Amerika ialah menyalah gunakan kesucian agama untuk capai tujuan illegal mereka. Mereka cuba menipu masyarakat umum dengan menyatakan mereka ingin menceroboh Iran kerana ingin membela hak asasi manusia, demokrasi, kebebasan, kemanusian dan memerangi terrorisme, membasmi penyalahgunaan senjata nuclear dan melindungi agama،K،Kini semua tipu belaka!
Namun bukan itu sahaja , Bush dan sanak saudaranya mempunyai nilai aset minyak yang tinggi di Iraq dan Iran. Jadi Bush nak runtuhkan Iraq sebab dikatakan Saddam Hussien banyak menyusahkan Bush dan aset2 minyaknya.Kemudian kini tiba sasaran Iran pula , boleh dikatakan Bush dan koloninya akan menghancurkan mana-mana negara Islam yang memiliki nilai material pada Amerika dan dirinya sendiri.
Selepas Tragedi 11 hb September dan pencerobohan Amerika ke Iraq , maka Bush melaung-laungkan slogan untuk mewujudkan demokrasi dan mengubah rentak politik kawasan Timur Tengah. Baru-baru ini Bush dan menteri luar negerinya, Collin Powell menyatakan mereka akan menegakkan demokrasi di negara-negara Timur Tengah. Demokrasi pada pandangan Washington adalah tunduk dan patuh pada perintah dan keinginan Barat terutamanya Amerika. Inilah White House yang bermatlamat agar semua negara didunia ini bergantung harap pada Amerika semata-mata. Disamping itu negara Amerika yang dikatakan bersifat demokratik ini mempunyai hubungan yang sangat baik dengan rejim zionis
Amerika sering menuduh Iran adalah Negara anti-demokrasi. Padahal, Iran lah Negara di Timur Tengah yang mempunyai sistem pemerintahan yang paling demokratis di kawasan Timur Tengah. Semua rakyat Iran diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat.
George W Bush pernah berkata:
“Pemerintah di Timur Tengah yang berupa sistem dictator militant akan menemui jalan yang buntu،”
Bush pula menilai pemerintahan di Turki , Indonesia dan Albania bercorak pemerintahan demokratik.Bush nyata sekali menentang pemerintahan demokrasi Islam di Republik Islam Iran .Sistem demokrasi agama di Iran telah sebati dan sejajar dengan kehendak majoriti rakyat Iran.
Agama Islam adalah agama yang lengkap dan komprehensif bagi seluruh kehidupan manusia , termasuk dari segi sistem pemerintahan. Politik sama sekali tidak boleh dipisahkan dari Agama Islam. Tetapi Amerika cuba menampilkan bahawa agama Islam sama sekali tidak merangkumi poloitik،K.mereka ingin pisahkan politik dengan agama،Kinilah sekularisme! Sekiranya politik dipisahkan dari agama maka politik ini hanya berunsurkan material dan nafsu semata-mata dan tidak memikirkan kepentingan manusia sejagat.
Bush dan Powell berusaha menunjukkan ketidaksenangan rakyat Iran dengan pemerintahan Islam sedemikian , dan menghulurkan sejumlah dana untuk Iran agar dapat membangunkan Negara dalam jangka masa panjang. Namun melihatkan kejahilan Amerika maka rakyat Iran memahami Washington tidak inginkan sebarang kebaikan untuk rakyat Iran , mereka hanya mengejar kepentingan illegal mereka di Iran.
Sesungguhnya , serangan propaganda Amerika begitu kuat terhadap Iran adalah disebabkan kegagalan politik di dalam dan di luar Amerika. Bush makin tertekan apabila meningkatnya kadar kematian rakyat Iraq hasil dari peningkatan serangan di negara tersebut. Malah tentera Amerika di Iraq tidak pernah jumpa satu pun senjata pembunuh nuklear di Negara tersebut sepertimana dakwaan Bush dan koloni-koloninya sebelum ini. Selain itu sayap neo konservatif White House yang menggelapkan duit rakyat dan ekonomi mereka juga menambahkan ketidak puasan hati rakyat-rakyat Amerika. Cita-cita Bush dan Kerry adalah untuk meluaskan pengaruh demokrasi mereka di dunia...demokrasi di Washington adalah " tunduk dan patuh pada Barat"....
Allah Maha Agung،KIslam seteruk mana pun diduga dan ditentang oleh golongan-golongan kafir namun Islam pasti akan menang! Mereka ingin menghancurkan pemeluk-pemeluk agama suci Allah swt ini،K،K..selagi mana umat Islam ditekan selagi itu umat Islam akan bangkit menegakkan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
Walalhua،¦lam
Has
  


p/s;  Penulis ni suke sangat dengan Shin Chan....ni gambar kegemarannya...


Posted at 04:45 pm by Pendita Bitara